
Kalau tercari-cari resipi roti mudah dan cepat tanpa yis, resepi flatbread ala-ala capati ini memang wajib cuba. Ia menggunakan bahan-bahan asas sahaja dan tak perlukan masa lama untuk diuli atau ditunggu naik macam roti biasa.
Memang sesuai sangat untuk sarapan atau makan malam ringan. Ia boleh dimakan dengan pelbagai jenis lauk seperti kari, sambal tumis, sambal sardin dan sebagainya. Kalau nak cuba, jom kita tengok bahan-bahan dan cara penyediaannya di bawah.
Baca juga: Roti Sardin Gulung, Ikut Cara Ini Supaya Tidak Serap Minyak
RESEPI FLATBREAD ALA CAPATI

Bahan-bahan:
- 250 gram tepung roti
- 1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
- ½ sudu kecil garam halus
- 50 gram shortening (boleh juga guna yogurt sebagai ganti)
- 160 gram air (jika guna yogurt, masukkan air sedikit demi sedikit hingga doh tidak melekat)
Cara penyediaan:
- Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
- Uli doh hingga agak licin. Uli guna tangan dalam 5 minit.
- Tutup doh dan biarkan perap selama 30 minit.
- Selepas itu, uli semula doh sekejap. Timbang doh sekitar 60 gram (atau ikut saiz yang disukai).
- Bulatkan doh dan taburkan sedikit tepung.
- Canai doh hingga menjadi bulat dan nipis.
- Masak atas kuali leper dengan api sederhana hingga masak kedua-dua belah.
- Siap untuk dihidang! Sedap dimakan bersama kari, dhal, sambal sardin atau gulai!
Sumber: Zalina Binti Zainal
Baca juga: Cara Buat Roti Puri Yang Sedap, Kembang & Lembut, Tak Sangka Semudah Ini!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














