Categories: Resipi

Resepi Donut Gebu Viral Letak Cuka, Hasilnya Lembut, Ringan Dan Naik Cantik

Resepi donut gebu viral ini menjadi perhatian ramai selepas satu petua mudah dikongsikan di Facebook. Hanya dengan menambah satu sudu makan cuka ke dalam adunan, ramai mendakwa donut yang dihasilkan menjadi lebih lembut, ringan dan gebu gebas selepas digoreng.

Walaupun kedengaran agak pelik, petua ini sebenarnya sudah dicuba oleh ramai penggemar baking di rumah. Menariknya, rasa cuka langsung tidak terasa pada donut, sebaliknya membantu menghasilkan tekstur yang lebih cantik dan naik dengan sempurna.

Baca juga: Tips Roti Lembut Macam Bakeri, Ini Rahsia Doh Gebu & Naik ‘Montok’ Cantik

RESEPI DONUT GEBU VIRAL LETAK CUKA

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • 1 cawan air suam
  • 1 paket yis
  • 3 sudu makan gula

Bahan B:

  • 500 gram tepung gandum
  • 3 sudu makan susu pekat manis
  • Sedikit garam

Bahan C:

  • 1 sudu makan cuka
  • ½ cawan air

Lain-lain:

Cara-cara Penyediaan:

1. Satukan air suam, yis dan gula di dalam bekas.

2. Kacau dan biarkan sehingga yis berbuih serta mengembang.

3. Dalam besen, masukkan tepung gandum, susu pekat manis dan sedikit garam.

4. Gaulkan sehingga sebati.

5. Tuangkan campuran yis yang telah mengembang ke dalam adunan tepung.

6. Campurkan cuka bersama ½ cawan air.

7. Masukkan campuran cuka ke dalam adunan dan uli sehingga doh menjadi lembut.

8. Tambahkan marjerin dan teruskan menguli sehingga doh licin serta elastik.

9. Perap doh sehingga mengembang dua kali ganda.

10. Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin, kemudian bentukkan menjadi donut.

11. Biarkan donut mengembang sekali lagi selama 20 hingga 30 minit.

12. Goreng menggunakan api sederhana sehingga berwarna keemasan.

13. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Tips Donut Lebih Gebu

  • Pastikan air yang digunakan suam dan bukan terlalu panas.
  • Gunakan yis yang masih aktif untuk memastikan doh mengembang dengan baik.
  • Uli doh sehingga benar-benar elastik bagi mendapatkan tekstur yang lembut.
  • Jangan menambah terlalu banyak tepung semasa menguli.
  • Beri masa yang cukup untuk proses perapan supaya donut lebih ringan dan gebu selepas digoreng.
  • Gunakan api sederhana ketika menggoreng agar donut masak sekata dan tidak cepat hangus.

Selamat mencuba!

Sumber: Hamizah Yatim

Baca juga: Buat Donat Tanpa Yis Guna Bahan Simple, Hasilnya Tetap Lembut & Gebu!

Aimi

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

18 hours ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

18 hours ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

18 hours ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

19 hours ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

20 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

20 hours ago