donat simple dan mudah

Buat anda yang sering siapkan sarapan pada waktu pagi mesti suka resipi cepat siap. Jadi, kami cadangkan anda cuba buat donat simple dan mudah dengan menggunakan 5 bahan ini.

Resipi donat simple dan mudah yang dikongsikan oleh Suriani Ilias di Facebook ini bukan saja sesuai untuk dimakan terus, tapi boleh juga disejuk bekukan. Jom kita cuba!

Baca juga: Peniaga Kuih Dedah Rahsia Donat Gebu Dan Lembut, Guna Tips Ini Pasti Menjadi!

RESIPI DONAT SIMPLE DAN MUDAH

donat simple dan mudah

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, gaulkan tepung gandum bersama marjerin sampai menjadi seperti serbuk roti.

2. Dalam bekas lain, bancuh air suam bersama susu pekat manis dan gaul dengan yis. Biarkan sampai yis kembang dan berbuih.

3. Apabila yis sudah berbuih, curahkan ke dalam adunan tepung. Uli sambil tambahkan air suam sedikit demi sedikit sampai doh tak melekat di tangan.

4. Tutup doh dengan kain lembab dan biarkan selama 20 minit untuk proses ‘proofing’ pertama.

5. Selepas 20 minit, uli kembali doh yang sudah naik, supaya kempis dan menjadi doh yang boleh dibentuk.

6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil seperti bentuk donut. Susun dalam dulang yang disapu sedikit minyak dan tutup semula dengan kain lembab. Biar 10 minit untuk proses kembang kali kedua.

*Tips: Bentukkan kecil-kecil dan jarakkan antara donat sebab doh akan kembang lagi selepas 10 minit.

7. Panaskan minyak guna api perlahan. Apabila minyak sudah panas, goreng donat sambil dibalik-balikkan sampai keperangan.

8. Tos minyak dan golekkan donut ke dalam gula halus. Siap untuk dimakan!

Cara simpan sebagai donat sejuk beku:

  • Jika nak simpan, goreng donut sekejap saja, cukup sekadar jadi kekuningan cerah.
  • Toskan, sejukkan dan susun dalam bekas bertutup sebelum dibekukan.

Apabila nak goreng semula:

  • Keluarkan donut dari peti beku dan biarkan selama lebih kurang 5 minit (defrost).
  • Goreng semula guna api perlahan sampai perang keemasan.

Selamat mencuba!

Sumber: Suriani Ilias

Baca juga: Resepi Donat Gebu Gebas Sampai Ke Petang, Kekal Lembut Walaupun Sejuk!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN