Categories: Resipi

Resepi Donat Gebu Gebas Sampai Ke Petang, Kekal Lembut Walaupun Sejuk!

Jika suka makan kuih di rumah, resepi donat gebu ini wajib masuk dalam senarai untuk dicuba. Hasilnya bukan setakat lembut, malah kekal sedap walaupun sudah sejuk.

Ukhti Shahirah telah kongsikan di Facebook tentang resepi Donat gebu yang sangat mudah dibuat dan kami yakin anda akan puas hati dengan hasilnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Donat Pisang Paling Lembut, Wanginya Sampai Semerbak Satu Rumah

RESEPI DONAT GEBU

Bahan-bahan (anggaran dapat 35 biji donat):

  • 1 paket yis mauripan
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 5 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar marjerin
  • Sedikit garam
  • ¾ cawan air biasa
  • 1 sudu besar gula pasir
  • Air untuk bancuhan yis

Cara-cara membuat:

1. Gaul yis, gula dan sedikit air biasa (air suhu bilik) guna sudu seperti kacau telur dadar.

2. Biarkan campuran lebih kurang 30 minit sampai kembang dan berbuih.

3. Sementara itu, masukkan tepung gandum, marjerin, susu pekat dan sedikit garam ke dalam bekas besar, kemudian gaul sampai jadi serbuk roti.

4. Masukkan yis yang sudah kembang tadi ke dalam campuran tepung dan gaul sebati.

5. Tambah ¾ cawan air biasa tapi tuang sikit demi sikit. Jangan tuang semua terus.

6. Jika doh rasa keras, tambah lagi sikit air. Doh akan jadi agak lembik, tapi jangan risau. Walaupun nampak lembik, jangan tambah tepung.

7. Uli doh sampai licin dan tak melekat. Uli lama sikit untuk dapatkan hasil gebu.

8. Apabila doh sudah cantik, tutup dengan kain lembap atau tudung saji. Biarkan doh naik selama 30 hingga 40 minit.

9. Setelah doh kembang, tumbuk-tumbuk sikit untuk buang angin dan bentukkan donat (saya guna cawan untuk tekap dan penutup botol esen vanilla untuk lubang tengah).

10. Semasa tekap, doh akan naik kembang lagi. Jangan terus goreng, bagi rehat kejap.

11. Pastikan minyak betul-betul panas dan goreng guna api perlahan supaya masak sekata dan kekal gebu. Angkat dan toskan.

12. Masukkan gula dalam plastik, masukkan donat dan goncang perlahan. Gula akan melekat elok dan rata. Jangan goncang sewaktu donat masih panas sebab gula boleh cair dan tak cantik.

Selamat mencuba!

Sumber: Ukhti Shahirah

Baca juga: Peniaga Kuih Dedah Rahsia Donat Gebu Dan Lembut, Guna Tips Ini Pasti Menjadi!

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

7 minutes ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

12 minutes ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

30 minutes ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

1 hour ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

1 hour ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

5 hours ago