resepi daging harimau menangis

Jom cuba resepi daging harimau menangis yang sedap dan juicy ini. Bertambah lazat jika dimakan bersama salad atau dijadikan inti dalam vietnam roll.

Pertama sekali, anda perlu penyediaan bahan sos untuk perapan untuk daging. Biarkan semalam supaya bahan perapan meresap masuk ke dalam daging.

Untuk membuat sos pencicahnya pula, hanya perlu satukan semua bahan-bahan yang diperlukan. Tidak perlu masak atas dapur sama sekali.

Jika ada yang mahu mencuba, ikuti saja resipi lengkap perkongsian oleh Aisyah Humaira di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Petua Hilangkan Bau Hamis Daging Kambing, Barulah Sedap Makan Lepas Siap Masak

RESEPI DAGING HARIMAU MENANGIS

Bahan-bahan perapan daging:

  • 1 mangkuk daging batang pinang dihiris nipis (atau boleh juga bakar tanpa dihiris terlebih dahulu)
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
  • 2 inci halia ditumbuk lumat
  • 1 – 2 sudu besar lada hitam ditumbuk lumat
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 4 sudu besar gula perang

Cara-cara perapan daging:

1. Campur kesemua bahan diatas ke dalam bekas berisi daging, lalu sebatikan. Tutup bekas daging dan perap semalaman didalam peti.

2. Cara masak pula, boleh bakar atas arang, dalam oven atau salai di atas pan sahaja sehingga masak 

3. Panggang hingga masak. Siap dan sedia dihidangka bersama pencicah ala thai.

resepi daging harimau menangis

Bahan untuk sos pencicah ala Thai:

  • 5 ulas bawang putih dicincang halus
  • 7 biji cili padi ditumbuk atau hiris halus (suka pedas boleh lebihkan )
  • 3 sudu sos tiram
  • 4 sudu besar sos thai
  • 1 sudu besar sos abalone scallop
  • 3 sudu besar sos ikan nampla
  • 1 kecil sudu gula perang
  • 2 biji bawang merah kecil hiris nipis
  • 1 sudu gula kabung thai (kalau tak ada boleh lebihkan gula perang tadi)1-2 biji air perahan limau nipis
  • Daun ketumbar dihiris halus dan batang ketumbar diketuk
  • 2 sudu besar beras yg di sangai yg telah ditumbuk hancur (masak tanpa minyak hingga hampir perang. Sentiasa kacau)
  • 4 sudu besar bijan putih disangai
  • Sedikit air kosong mengikut pekat atau cair kuah disukai

Cara-cara:

1. Satukan kesemua bahan diatas dan sesuaiakan kesemua rasa dengan selera. Sos ini mestilah ada rasa pedas, masam manis dan savuri.

resepi daging harimau menangis

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira

Baca juga: Daging Goreng Kunyit Berempah Kelantan ‘Style’, Dijamin Lembut & Tak Liat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN