resepi daging goreng

Jom cuba resepi daging goreng kunyit yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Humaira di Facebook. Menurutnya, resipi ini sangat istimewa kerana ianya dipelajari dari ayahnya sendiri.

Menerusi resipi ini juga, daging goreng akan dimasak garing tetapi sangat lembut bila dikunyah. Anak-anak juga pasti akan berebut untuk meratah setiap kali ayah masak!

Kalau ada yang tertanya-tanya bagaimanakah cara masak daging goreng ini, mari kita pelajari menerusi resipi lengkap di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Ada 3 Cara Potong Daging Batang Pinang Yang Betul, Baru Tak Liat & Senang Kunyah!

RESEPI DAGING GORENG KUNYIT AYAH

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 mangkuk daging dihiris nipis
  • 1 sudu kecil penuh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu kecil serbuk kari daging
  • 1 sudu besar halia yang ditumbuk lumat
  • Garam
  • Maggi cukup rasa secukupnya
  • 2 hingga 3 sudu besar air

Cara memasak:

1. Bersihkan daging dan hiris nipis. Ketepikan.

2. Tumbuk halia hingga lumat. Ia adalah rahsia daging jadi lebih berperisa dan sedap.

3. Satukan semua bahan dalam bekas bersesuaian kemudian sebatikan.

4. Panaskan minyak masak dan goreng daging hingga masak.

5. Jika suka, boleh masukkan sayur-sayuran kegemaran ketika daging hampir masak. Gaul rata.

6. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira

Baca juga: Cara Betul Siang Ikan Mengikut Jenisnya, Tak Semua Perlu Guna Gunting & Pisau!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN