daging goreng kunyit basah

Kadang-kadang kita rasa nak makan lauk yang ringkas tetapi sedap. Daging goreng kunyit basah ini merupakan pilihan yang tepat kerana ia mudah disediakan, cepat dimasak dan sangat menyelerakan.

Resipi perkongsian oleh Fariza Hadi ini diolah mengikut cara tersendiri dan hasilnya memang memuaskan. Sesuai untuk hidangan tengah hari, makan malam atau dijadikan bekal ke tempat kerja.

Baca juga: Resipi Asam Pedas Daging Campur Tetel, Ada Tip Agar Tak Liat & Lembut Elok!

RESEPI DAGING GORENG KUNYIT BASAH

daging goreng kunyit basah

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging lembu segar (boleh juga guna yang sejuk beku)
  • ¼ kg tulang lembu (petua untuk menambah rasa sedap, boleh abaikan jika tidak mahu)
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Perasa (contohnya: Ajinomoto atau secukup rasa)
  • Sedikit gula (anggaran 1 sudu teh untuk 1 kg daging – jangan terlebih, nanti manis!)
  • Minyak untuk menggoreng
  • Hiasan: hirisan bawang holland, cili dan daun bawang

Cara memasak:

  1. Gaulkan daging dan tulang bersama serbuk kunyit, garam, perasa dan sedikit gula.
  2. Panaskan minyak dalam kuali.
  3. Masukkan daging dan tulang. Goreng sekejap sehingga daging mengeluarkan air.
  4. Tambahkan sedikit air ke dalam kuali.
  5. Masak hingga daging empuk. Jika belum cukup empuk, tambahkan lagi air.
  6. Apabila daging telah empuk dan air telah kering, biarkan sedikit minyak sahaja berbaki.
  7. Masukkan hirisan bawang holland, cili dan daun bawang. Kacau seketika. Jangan terlalu kering, elok jika ada sedikit kuah/minyak.
  8. Siap untuk dihidangkan!

Nak rasa lagi padu? Bungkus dalam kertas nasi, letak nasi panas, daging goreng kunyit, sambal dan ulam timun. Peram sikit bagi ‘bekok’ (berwap dalam bungkusan). Makan masa tengah lapar, fuhh rasa macam makan kat kedai

Sumber: Fariza Hadi

Baca juga: Cara Masak Kari Daging Tanpa Santan, Tetap Pekat & Rasa Lemak

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN