Categories: Resipi

Resipi Cucur Udang Simple, Tanpa Air Kapur Tapi Rangup Bukan Main!

Resepi cucur udang simple ini sangat sesuai untuk minum petang. Ada yang lebih suka cucur udang yang lembut, tetapi resipi ini berbeza kerana memberikan tekstur yang rangup.

Ada satu cara untuk memastikan cucur udang menjadi rangup adalah dengan menggunakan ais ketul. Dengan cara ini, anda tidak perlu menggunakan serbuk penaik atau air kapur. Senang dan sedap!

Baca juga: Cara Buat Cucur Bilis Kembung, Rangup & Bulat-Bulat Comel!

RESEPI CUCUR UDANG SIMPLE YANG RANGUP

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 4 cawan air sejuk berais (secukupnya)
  • 6 ulas bawang merah, dihiris halus
  • Daun kucai atau daun bawang, dicincang halus
  • 1 cawan taugeh atau lobak merah, disagat
  • Udang (ikut cita rasa, jika mahu banyak, boleh tambah)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk cukup rasa
  • Serbuk kunyit (secukupnya)

Cara-cara:

  1. Campurkan dan gaulkan semua bahan hingga sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat untuk mendapatkan tekstur yang rangup.
  2. Panaskan minyak hingga benar-benar panas. Kaut adunan dengan senduk dan tuangkan memanjang ke dalam minyak panas. Biarkan seketika, kemudian terbalikkan dan goreng hingga keemasan.
  3. Hidangkan dengan kuah kacang atau sos Thai.

Kredit resipi dan gambar: Nur Masri

Baca juga: Resipi Cucur Kentang Guna Bahan Mudah, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam!

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

19 hours ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

21 hours ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

21 hours ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

23 hours ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

23 hours ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

23 hours ago