Categories: Resipi

Resipi Cucur Kentang, Buat Nipis Macam Ini Baru Rangup Krup Krap!

Cucur udang, cucur ikan bilis dan cucur jagung merupakan antara resipi cucur yang sering menjadi pilihan ramai untuk sajian minum petang. Namun, sebenarnya terdapat banyak lagi jenis cucur yang boleh dicuba, salah satunya adalah resepi cucur kentang.

Resipi yang dikongsi oleh Sakinah Abdul Rahim ini cukup mudah dan ringkas untuk dicuba. Teksturnya yang rangup di luar dan lembut di dalam pasti akan memikat hati. Bagi yang berminat untuk mencuba, mari ikuti resipi lengkap perkongsian beliau di bawah.

Baca juga: Cara Buat Cucur Jagung Manis, Guna Resipi Ini Confirm Bertambah Sedap & Rangup

RESEPI CUCUR KENTANG RANGUP

Bahan-bahan:

  • 5 biji kentang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 tangkai daun bawang
  • 5 biji cili hijau
  • 5 sudu besar tepung jagung
  • 5 sudu besar tepung gandum
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • 1 biji telur ayam
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara-caranya:

  1. Kupas semua kulit kentang, kemudian potong atau sagat kentang halus-halus.
  2. Hiris halus bawang besar, daun bawang dan cili hijau.
  3. Masukkan kentang yang sudah disagat ke dalam bekas, kemudian campurkan dengan bawang besar, daun bawang dan cili hijau yang telah dihiris halus tadi.
  4. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, telur ayam, garam dan lada sulah. Gaul hingga rata.
  5. Panaskan minyak, kemudian goreng cucur yang sudah siap bancuh tadi hingga kekuningan.

Simple dan mudah kan? Bila dah siap, hidangkan dengan sambal tumis. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Sakinah Abdul Rahim

Baca juga: Cucur Udang Istimewa Mak Tun, Resipi Air Tangan Orang Dulu-Dulu

Nasiha

Recent Posts

Cara Buat Lepat Cendol Bergedik, Lemak Manis Yang Mudah & Pasti Jadi!

Lepat cendol adalah pencuci mulut tradisional yang mudah disediakan dan sangat enak. Gabungan rasa lemak…

10 hours ago

Resepi Apam Cheese Kukus, Hasil Gebu Gebas Dengan 5 Langkah Mudah

Jika ditanya tentang kuih yang ringkas dan sedap dimakan, semestinya apam menjadi pilihan ramai. Paling…

14 hours ago

Sedapnya Makan Mi Rebus Waktu Cuaca Sejuk, Pasti Hirup Kuah Sampai Habis!

Mudah saja resepi mee rebus ini kalau ada yang nak cuba. Hujan renyai-renyai macam ini…

14 hours ago

Resipi Dendeng Daging, Lagi Lama Simpan, Rasa Lagi Menyengat!

Resipi dendeng daging mempunyai tekstur yang lembut tetapi sedikit kenyal kerana proses rebusan dan gorengan…

15 hours ago

Beza Jintan Putih Dan Jintan Manis, Kena Tahu Sesuai Untuk Masak Apa

Pelbagai resepi menggunakan jintan putih dan jintan manis supaya masakan berbau harum. Oleh itu, anda…

15 hours ago

Resepi Roti Canai Lembut Tanpa Telur, Guna Teknik Ini Pasti Kurang Berminyak

Selalunya makan di kedai mamak saja, kali ini kami nak ajak anda cuba resepi Roti…

15 hours ago