Categories: Resipi

Resipi Cucur Kentang Guna Bahan Mudah, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam!

Cucur udang, cucur ikan bilis mahupun cucur jagung merupakan antara resipi cucur yang sering menjadi pilihan ramai untuk sajian minum petang. Rupanya ada banyak lagi jenis cucur yang boleh dicuba, salah satunya adalah cucur kentang.

Resipi perkongsian oleh Nana Sabrina Sarsan ini cukup mudah dan ringkas untuk dicuba. Teksturnya yang rangup di luar dan lembut di dalam pasti dapat memikat hati. Kalau ada yang mahu mencuba, mari ikuti resipi lengkap perkongsian oleh beliau di bawah.

Baca juga: Resipi Cucur Ikan Bilis Yang Bulat Elok, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam

RESEPI CUCUR KENTANG RANGUP

Bahan-bahan:

  • 4 biji kentang potong dadu tak perlu rebus
  • Ikan bilis (resepi asal guna ikan bilis tapi saya tukar dengan isi ikan tenggiri dipotong dadu)
  • Kacang panjang hiris (tak letak pun boleh)
  • Daun sup hiris
  • Daun bawang hiris
  • Lobak hiris memanjang (tak letak pun boleh)
  • Cili merah hiris (saya tak letak)
  • 1 biji bawang holland atau bawang merah potong dadu
  • Bahan perasa
  • 1/2 gelas air sejuk peti ais
  • 4 sudu makan tepung beras
  • 3 sudu makan tepung gandum

Cara-cara:

1. Campur semua bahan-bahan dan pastikan tekstur sama macam dalam gambar.

2. Resipi ini tak banyak guna air dan tepung, tepung cukup setakat menyaluti kentang saja.

3. Kemudian, boleh goreng sehingga warna keperangan coklat.

4. Sedap dicicah dengan sos cili, selamat mencuba.

Kredit resipi dan gambar: Nana Sabrina Sarsan

Baca juga: Resipi Cucur Udang Mudah, Rupanya Ini Rahsia Supaya Cucur ‘Berongga’

Nasiha

Recent Posts

Cara Masak Beras Basmathi, Guna Tips Ini Baru Lembut Dan Berderai Elok!

Pelbagai jenis nasi dibuat menggunakan beras basmathi seperti nasi minyak, nasi beriani dan banyak lagi.…

13 hours ago

Resepi Kek Marble Gebu, Satu Adunan Saja Boleh Bakar Atau Kukus Dengan Mudah

Sesiapa saja yang suka makan kek pasti menyukai resepi Kek Marble gebu dan lembut. Lebih-lebih…

16 hours ago

Cara Mudah Buat Pancake Kapit Mini, Comel Sangat Sampai Anak Pun Suka!

Setiap hari mak-mak akan memikirkan hidangan yang mampu menarik selera anak. Oleh itu, kami nak…

16 hours ago

Ikan Siakap Pedas Manis, Lauk Ini Buat Satu Keluarga Makan Sampai Berselera!

Sudah sering pesan di restoran, jadi sekali-sekala bolehlah cuba masak Ikan Siakap Pedas Manis yang…

23 hours ago

Kuih Apam Mekar Dengan 5 Bahan, Lembut Dan Kembang Gebu Hasilnya

Antara kuih yang sentiasa laku keras dan mendapat permintaan ramai adalah kuih Apam Mekar kerana…

24 hours ago

Resipi Donut Kapas Terlajak Gebu, Makan Sebiji Tak Cukup!

Jom belajar resepi donut lembut dan gebu ini. Teksturnya yang seakan kapas menjadikan ia snek…

7 days ago