resepi cucur kentang

Cucur udang, cucur ikan bilis dan cucur jagung merupakan antara resipi cucur yang sering menjadi pilihan ramai untuk sajian minum petang. Namun, sebenarnya terdapat banyak lagi jenis cucur yang boleh dicuba, salah satunya adalah resepi cucur kentang.

Resipi yang dikongsi oleh Sakinah Abdul Rahim ini cukup mudah dan ringkas untuk dicuba. Teksturnya yang rangup di luar dan lembut di dalam pasti akan memikat hati. Bagi yang berminat untuk mencuba, mari ikuti resipi lengkap perkongsian beliau di bawah.

Baca juga: Cara Buat Cucur Jagung Manis, Guna Resipi Ini Confirm Bertambah Sedap & Rangup

RESEPI CUCUR KENTANG RANGUP

resepi cucur kentang

Bahan-bahan:

  • 5 biji kentang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 tangkai daun bawang
  • 5 biji cili hijau
  • 5 sudu besar tepung jagung
  • 5 sudu besar tepung gandum
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • 1 biji telur ayam
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara-caranya:

  1. Kupas semua kulit kentang, kemudian potong atau sagat kentang halus-halus.
  2. Hiris halus bawang besar, daun bawang dan cili hijau.
  3. Masukkan kentang yang sudah disagat ke dalam bekas, kemudian campurkan dengan bawang besar, daun bawang dan cili hijau yang telah dihiris halus tadi.
  4. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, telur ayam, garam dan lada sulah. Gaul hingga rata.
  5. Panaskan minyak, kemudian goreng cucur yang sudah siap bancuh tadi hingga kekuningan.

Simple dan mudah kan? Bila dah siap, hidangkan dengan sambal tumis. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Sakinah Abdul Rahim

Baca juga: Cucur Udang Istimewa Mak Tun, Resipi Air Tangan Orang Dulu-Dulu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN