Resepi cottage pie adalah hidangan yang menyelerakan dan sangat sesuai untuk seisi keluarga. Dengan lapisan kentang yang lembut dan isian daging yang berjus, ia pasti memikat selera semua orang.
Asal-usul cottage pie ini berasal dari England, di mana ia biasanya menggunakan daging lembu. Namun, anda boleh menyesuaikannya dengan daging pilihan sendiri, sama ada ayam, daging kambing, atau bahkan sayur-sayuran untuk versi vegetarian.
Jom kita lihat cara untuk membuatnya di bawah!
Baca juga: Cara Buat Pie Tee Macam Di Chicken Rice Shop, Confirm Lagi Puas Makan!
Bahan untuk lapisan kentang (bahagian atas)
Bahan ntuk lapisan daging (bahagian bawah):
1. Rebus ubi kentang dalam periuk dengan air dan garam sehingga empuk.
2. Toskan kentang dan masukkan mentega, susu penuh krim, keju cheddar, lada sulah, dan kiub ayam. Gaul sehingga sebati sehingga ia menjadi seperti mashed potato.
3. Dalam kuali, cairkan mentega dan tumiskan bawang holland serta bawang putih hingga wangi.
4. Masukkan daging cincang dan carrot. Tumis sehingga daging masak.
5. Tambahkan sos tomato pasta, garam, lada hitam, dan cili flakes. Masak sehingga campuran agak kering.
6. Tuangkan isian daging ke dalam bekas pembakar.
7. Taburkan keju mozzarella di atasnya.
8. Letakkan mashed potato di atas dan rapikan supaya cantik. Gores dengan garfu untuk memberi tekstur.
9. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160°C selama 25-30 minit.
10. Setelah dibakar, taburkan dengan parsley sebelum dihidangkan.
Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Dea Noorfaizura
Baca juga: Shepherd Pie Resipi MUDAH, Hanya Bakar Guna Air Fryer
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…