Resepi cornflakes madu merupakan kuih raya yang paling senang, cepat dan sedap walaupun pertama kali mahu mencuba, dijamin pasti menjadi jika menggunakan resipi ini.
Cara buat cornflakes madu ini hanya perlu menggunakan cornflakes, madu, gula dan mentega sebagai bahan utama. Namun begitu, dalam resipi ini ditambah dengan kacang tanah dan bijan supaya menjadi ‘extra crunchy’.
Bukan itu saja, ada petua yang anda perlu tahu supaya cornflakes yang sudah siap dibakar tidak terburai apabila mahu dimakan. Kalau anda nak tahu apa rahsianya, jom baca perkongsian oleh Muhammad Ali di bawah.
Baca juga: Biskut Cepat Lemau? Ini 9 Petua Supaya Kuih Raya Anda Tahan Lama & Kekal Sedap
1. Cairkan 3/4 cawan planta menggunakan api perlahan sahaja.
2. Apabila planta sudah cair, masukkan 3/4 cawan madu. Kacau sehingga semuanya sebati.
3. Jika suka sebati. masukkan 2 sudu makan gula. Biarkan mendidih dalam 10-15 saat. Kemudian tutupkan api, jangan mendidih terlalu lama nanti dia rasa menjadi pahit.
4. Bila dah tutup api, biarkan suam dalam 15-20 minit kemudian baru tuangkan ke atas campuran cornflakes, kacang tanah dan bijan.
5. Sudukan ke dalam paper cup, jika suka boleh hiaskan dengan ceri atau taburan manik.
6. Bakar pada suhu 180℃ selama 10 minit atau mengikut suhu oven masing-masing kerana lain oven, lain suhu yang sesuai. Pastikan kenali suhu oven masing-masing.
7. Tujuan bakar ini supaya minyak bijan dan kacang tadi masak dan juga mahu pastikan cornflakes melekat dan tidak senang terburai.
8. Tambah masa membakar selama 10 minit lagi jika cornflakes masih terburai.
Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Muhammad Ali
Baca juga: Resipi Biskut Makmur Susu ‘Gebu’ Guna Sukatan Cawan, Sedap Cair Di Mulut!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…