Categories: Resipi

Resipi Cireng Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam, ‘Viral’ Dek Penangan Tokti!

Baru-baru ini, viral berkenaan Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin atau mesra disapa Tokti membuat cireng. Akibatnya, satu Malaysia terpengaruh untuk mencuba resepi cireng!

Cireng merupakan salah satu makanan ringan yang berasal dari daerah Sunda, Indonesia. Salah satu bahan utama yang digunakan adalah tepung ubi. 

Jika ada yang tertanya-tanya bagaimana rasanya, mari kita cuba buat sendiri menggunakan resipi perkongsian oleh Nija Lim di bawah.

Baca juga: Roti Gabin, Makanan ‘Rare’ Indonesia Ini Sedap Cicah Dengan Kopi Panas

RESEPI CIRENG RANGUP TAPI LEMBUT

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Pertama sekali, cincang bawang putih dan hiris halus daun bawang.

2. Masukkan tepung ubi dan air ke dalam kuali dan kacau sebati tanpa buka api.

3. Kemudian, boleh buka menggunakan api sederhana dan kacau tepung sampai bergumpal jernih. Lebih baik guna kuali non stick supaya mudah dicuci nanti.

4. Setelah itu, pindahkan ia ke dalam bekas lain dan tambah sedikit tepung ubi kayu.

5. Uli-uli sedikit sampai bersalut tepung. Rupa adunan akan bertukar sedikit putih.

6. Seterusnya, carik-carik adunan mengikut saiz dan bentuk yang disukai.

7. Selepas itu, tekan-tekan adunan yang dicarik dengan lebihan serbuk tepung ubi kayu supaya tak melekat.

8. Goreng di dalam minyak yang banyak dan cukup panas.

9. Dah garing di bahagian bawah, baru terbalikkan.

10. Apabila kelihatan dah cukup garing, kekuningan dan kembung-kembung baru boleh diangkat.

11. Kena betul-betul garing, kalau tak ia akan melekat dan serap minyak. Selamat mencuba!

RESIPI SAMBAL KICAP PETIS

Bahan-bahan:

  • Gula gerek
  • Kicap manis
  • Garam
  • Petis udang
  • Cili kisar
  • Air sedikit

Cara-cara:

1. Masak bahan-bahan tersebut dengan mengacaunya sehingga ia sedikit pekat.

2. Kemudian, rasa sambal kicap petis mengikut kesesuaian sendiri seperti rasa manis kepedasan.

Kredit resipi dan gambar: Nija Lim, Fitria Ria

Baca juga: Serabi Pandan Kuah Kinca, Penkek Tradisional Indonesia Yang Boleh Dicuba

Wan N

Recent Posts

Resipi Apam Mekar Zebra Coklat Gebu Dan Cantik Coraknya, Sekali Kukus Terus Jadi!

Resipi apam mekar zebra antara pilihan kuih yang menarik untuk disediakan. Bukan sahaja teksturnya gebu…

10 minutes ago

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

16 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

16 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

16 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

17 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

17 hours ago