Categories: Resipi

Kak Yatie Ajar Cara Buat Tauhu Cireng Crispy, Dijamin Makan Licin Sekelip Mata!

Tengah cari idea kudapan ringkas tapi sedap? Resipi tauhu cireng crispy ala Kak Yatie ini memang wajib cuba. Luarnya rangup dan dalamnya lembut, memang puas hati bila makan panas-panas.

Memang sesuai sangat dijadikan snek atau hidangan sampingan pada waktu petang. Bahan pun tak banyak dan cara buat pun senang. Tak perlu kisar atau perap pun.

Apa yang paling penting, kena ikut petua Kak Yatie supaya tauhu goreng jadi garing cantik dan tak serap minyak. Makan begitu saja pun dah sedap, cicah sambal atau sos pun lagi padu!

Baca juga: Tips Simpan Tauhu Tahan Lama, Dah Lebih Seminggu Pun Masih Putih Bersih

RESEPI CIRENG TAUHU

Bahan-bahan:

  • Tauhu keras (rebus dengan garam selama 5 minit)
  • Tepung ubi (tiada campuran tepung lain)
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa (contoh: perisa ayam atau apa-apa seasoning pilihan)
  • Minyak masak bersih (jangan guna minyak terpakai)

Cara-cara:

  1. Rebus tauhu keras bersama garam lebih kurang 5 minit.
  2. Toskan tauhu dan biarkan ia separa kering. Boleh tekan perlahan atau perah guna kain bersih untuk buang lebihan air.
  3. Sediakan dua bekas berisi tepung ubi. Campurkan garam dan serbuk perasa ke dalam kedua-dua bekas tepung tersebut.
  4. Kemekkan tauhu yang telah ditapis tadi sedikit-sedikit (pastikan kemek supaya salutan tepung lebih baik).
  5. Gaulkan tauhu dalam bekas pertama yang berisi tepung dan lapisan agak tebal. Kemudian celup semula dalam bekas tepung kedua untuk salutan nipis.
  6. Panaskan minyak dalam kuali. Guna minyak bersih, jangan campur minyak bekas goreng ikan atau masakan lain supaya warna tauhu cantik.
  7. Bila minyak dah panas, masukkan tauhu satu per satu secara perlahan. Goreng hingga kekuningan dan garing.
  8. Balik-balikkan supaya masak sekata dan tauhu terapung dalam minyak.
  9. Bila tauhu dah agak keras, angkat dan toskan minyak. Biarkan sejuk seketika supaya lebih rangup.
  10. Tauhu cireng ini boleh dimakan begitu saja atau dicicah dengan sambal kicap, sambal kacang atau sos pilihan.

Tip:

  • Elakkan menggunakan minyak recycle supaya hasil gorengan lebih cantik.
  • Jangan makan waktu terlalu panas-panas untuk elak tauhu jadi terlalu lembut.

Sumber: Noor Hayati Kamarzaman

Baca juga: Resipi Sambal Tauhu Paling Mantap, Makan Lauk Ini Pasti Bertambah Nasi!

Wan N

Recent Posts

Resipi Apam Mekar Zebra Coklat Gebu Dan Cantik Coraknya, Sekali Kukus Terus Jadi!

Resipi apam mekar zebra antara pilihan kuih yang menarik untuk disediakan. Bukan sahaja teksturnya gebu…

28 minutes ago

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

16 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

16 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

16 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

17 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

17 hours ago