Resepi chocolate chip cookies ini boleh dibuat pada bila-bila masa. Bukan hanya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri sahaja.
Memang senang sangat cara membuat biskut ini. Tidak perlu menggunakan mixer, hanya perlu gaul adunan menggunakan senduk.
Teksturnya yang rangup, lembut, tak terlalu manis dan ada sedikit rasa pahit coklat chip juga pasti dapat memikat hati sesiapa saja yang menikmatinya.
Oleh itu, mari kita pelajari cara membuatnya menggunakan resipi perkongsian oleh Puan Khairah Ramli di bawah.
Baca juga: Biskut Cepat Lemau? Ini 9 Petua Supaya Kuih Raya Anda Tahan Lama & Kekal Sedap
Tips membuat biskut:
- Saya pakai tepung berserbuk penaik Bluekey. Dah cuba jenama lain tapi rasa mcm biskut Boro
- Choc chip letak dalam freezer 10 minit sebelum campur, untuk elakkan warna luntur dalam adunan
- Pakai Bluekey tak perlu baking powder dan soda bikarbonat sebab dua-dua dah ada sekali dalam tepung tu
- Kalau tak ada tepung jagung, boleh ganti dengan tambahkan tepung gandum kepada 1 ½ cawan/180gm
- Masa terbaik untuk menikmati cookies ini ada keesoknya selepas masak. Memang beza 1st day dgn 2nd day sebab lagi rasa lemak butter
RESEPI CHOCOLATE CHIP COOKIES
Bahan-bahan A:
- 1 buku butter (250gm)
- 1 cawan gula perang (160gm)
- ½ cawan gula halus (80gm)
- 1 cawan minyak masak (150gm)
- 1 sudu kecil susu tepung (optional)
- 1 biji telur gred A
- 1 sudu kecil esen vanila
Bahan-bahan B:
- 2 ½ cawan tepung berserbuk penaik (300gm)
- 1 cawan tepung gandum (120gm)
- ½ cawan tepung jagung (60gm)
- 2 ½ cawan choc chip (500gm)
Cara-cara:
- Gaulkan bahan A sampai sebati. Masukkan bahan B dan kaup balik sampai sebati.
- Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan isi dalam piping bag.
- Simpan dalam peti 30minit (tak buat pun tak apa, masih rangup dan berongga).
- Keluarkan dari peti, paipkan ke dalam dulang pembakar. Kalau nak guna sudu pun boleh.
- Bakar suhu 170°C selama 25minit (kalau oven kecil/jenis panas, boleh kurangkan suhu, saya punya oven 35L).
Kredit resipi dan gambar: Khairah Ramli
Baca juga: Cara Buat Kuih Biskut Kelapa, Kuih Tradisional Yang Makin Susah Nak Jumpa