Resepi char kuey teow ini cukup mudah untuk disediakan. Tak perlu susah-susah rebus dan kisar kulit udang seperti yang orang biasa buat.
Dengan hanya menggunakan beberapa bahan yang ringkas, anda sudah boleh memasak char kuey teow yang sama sedap seperti makan di kedai.
Resipi ini juga tidak menggunakan sebarang pes sama sekali. Jadi, apa kata jom kita cuba masak untuk makan malam nanti. Confirm puas hati!
Baca juga: Cara Buat Pes Nasi Goreng, Bila Nak Masak Tinggal Masukkan Nasi & Sayur Je!
Berikut merupakan perkongsian lengkap oleh Nurhani Yusoff:
“3 tahun kahwin, makan char kuey teow kat kedai je. Sebab pernah cuba buat tak menjadi pun.
Jadi, saya rajin google resepi dan ejas ikut hidung dan tekak. Terjumpa resepi yang pakai THAI FISH SAUCE ni.
Tak payah nak air rebus udang, blend kulit udang, sos pes char kuey teow laa.. Saya memang spesis tak suka masak step bertingkat tingkat ni.”
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Tumis hirisan bawang kecil dan bawang putih sehingga wangi. Apabila sudah naik bau, masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak.
2. Seterusnya, masukkan semua sos beserta air, kicap, gula dan telur. Kacau sebati dan biarkan mendidih seketika. Jangan terlalu manis sebab belum masukkan udang.
3. Apabila kuah sudah mencapai tahap kepekatan yang disukai, masukkan kuetiau, tauge, kucai dan udang.
4. Kemudian, apabila udang sudah masak, terus boleh angkat dan hidangkan.
5. Sedia untuk menjamu selera dan selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Nurhani Yusoff
Baca juga: Tomyam Tumis Tanpa Pes Cara Orang Lama, Teringat Zaman Kecil-Kecil Dulu
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…