resepi cencaru sumbat

Perut tengah lapar tapi tak ada idea nak masak apa. Jika boleh, nak sesuatu yang ringkas saja. Oleh itu, anda boleh ciba resepi Cencaru Sumbat Sambal Portugis ini di rumah.

Resepi Cencaru Sumbat Sambal Portugis bukan biasa-biasa. Rasa pedasnya menggigit, masamnya segar dan ada bau herba yang wangi. Silap-silap, jiran sebelah pun bau sedapnya.

Resipi ini dikongsikan oleh Una Husna di Facebook yang hasilnya cukup menyelerakan sampai  ramai tertarik untuk membuatnya sendiri di rumah. Jom kita cuba!

Baca juga: Ikan Cencaru Masak Kicap, Cuba Sekali Terus Tak Pandang Lauk Lain

RESEPI CENCARU SUMBAT SAMBAL PORTUGIS

resepi cencaru sumbat

Bahan-bahan ikan:

  • Ikan cencaru (belah belakang, bersihkan dan toskan)
  • Garam dan kunyit (gaul rata pada ikan)

Bahan sambal:

  • Daun kesum (diracik halus)
  • Bunga kantan (dihiris nipis)
  • 15 biji limau kasturi (perah ambil airnya)
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Ajinomoto (jika suka)

Bahan kisar kasar:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • 1 biji tomato
  • 15 tangkai cili kering (direbus)
  • 3 biji cili besar hijau
  • 10 biji cili api 

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, kisar kasar bahan yang disenaraikan dan tumis dengan minyak sampai naik bau dan pecah minyak.

2. Apabila sambal sudah masak, masukkan air limau kasturi, bunga kantan dan daun kesum, kemudian kacau rata.

3. Masukkan gula, garam dan ajinomoto jika suka, kemudian masak sampai sambal pekat.

4. Selepas itu, sumbat sambal ke dalam belahan belakang ikan cencaru.

5. Seterusnya, goreng sampai garing. Nak rasa lebih beraroma, boleh bakar.

6. Akhir sekali, angkat, tuangkan sedikit sambal dan minyak gorengan ikan di atasnya. Siap untuk dihidang!

Jika nak ikut selera sendiri, ikan lain seperti kembung atau selar pun boleh digunakan. Paling penting sambalnya padu dan aromanya cukup wangi apabila dimakan.

Selamat mencuba!

Sumber: Una Husna

Baca juga: Rahsia Ikan Cencaru Sumbat Sambal Sedap Memikat, Kena Perah Sedikit Limau Nipis

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN