Tidak ramai yang rajin mencuba resepi capati kerana bahan utama yang diperlukan adalah tepung atta. Namun, tidak ramai yang ada tepung ini di rumah kerana ia jarang digunakan dalam masakan melayu.
Rupa-rupanya ada cara membuat capati yang lebih mudah tanpa perlu menggunakan tepung atta. Sekiranya tidak ada tepung ini, anda boleh menggantikannya dengan tepung gandum.
Tepung gandum ini boleh dikatakan wajib ada di dapur setiap rumah kerana ia sering digunakan untuk membuat lempeng, cekodok, kek dan sebagainya.
Capati ini cukup sedap jika dicicah dengan kuah dal, kari dan sambal. Bukan itu saja, dicicah dengan gula dan susu pekat pun boleh tahan sedap juga. Jom cuba!
Baca juga: Cara Buat Roti Puri Tanpa Yis, Hasilnya Tetap Kembung & Berongga!
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara-cara:
1. Satukan tepung gandum, marjerin dan garam.
2. Tuangkan air panas mendidih, kacau pakai senduk dan uli sehingga menjadi doh.
3. Canaikan sambil tabur dan sapu tepung gandum supaya tak melekat.
4. Masak atas kuali non stick, apabila sudah naik gelembung, baru terbalikkan.
5. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Wan Atirah WM
Baca juga: Resipi Lempeng Kampung, Ikut Cara Ini Dijamin Gebu & Lembut Elok
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…