Categories: Tips & Petua

Peniaga Ini Dedah Rahsia Buat Burger Jadi Sedap, Patutlah Burger Tepi Jalan Sedap Lain Macam!

resepi burgerresepi burger

Pernah tak tertanya-tanya apa resepi burger yang selalu dijual di gerai tepi jalan itu? Kenapa rasanya lagi sedap daripada yang kita buat sendiri? Rasa sos, daging dan roti yang garing memang berbeza!

Kalau nak buat burger yang sedap, ada tipsnya! Ini 12 tip daripada peniaga burger, Adie Redzuan. Menurutnya, kalau nak berniaga, jual burger macam kita suka makan. Jangan kedekut bahan, buat yang sedap supaya orang lain pun suka!

Baca juga: Jom Buat Sendiri Daging Burger Homemade, Rasa Dijamin Lebih Sedap & Juicy

RAHSIA RESEPI BURGER SEDAP

resepi burgerresepi burger

1. Berat Daging

Wajib guna daging 70g. Tak perlu la dok jimat sangat, nak pergi haji balik hari. Tak untung mana pun. Berniaga kena jujur. Kalau harga nak letak mahal, daging yang nipis, apa dia?

2. Jangan Tekan

Masak daging, jangan tekan. Bila tekan, jus daging akan keluar. Sebab itu daging jadi kering. Alih-alihkan saja. Letak sedikit planta, sikit saja. Jangan sampai banjir, dalam daging tu sendiri dah ada minyak.

3. Letak Perasa

Daging tu lubang-lubangkan saja. Tak perlu belah tengah pun tak apa. Lepas tu, letak seasoning. Aku suka Lea and Perrins. Betul ke eja? Maggi pun ok. Letak lada sikit, terangkat la!

4. Letak Air Bawang Putih

Air bawang putih. Air ini untuk menggantikan jus daging yang hilang, jadi daging akan jadi juicy. Curah sedikit masa daging dah masak. Nak buat dia, potong bawang putih, letak dalam air kosong. Masukkan dalam botol, tudung botol buat lubang-lubang sikit.

5. Api Sederhana

Guna api sederhana. Api yang kuat juga akan keringkan daging.

6. Roti Sapu Planta

Roti letak planta bagi penuh. Tak perlu tekan sangat. Roti letak saja atas kuali, jangan tekan. Geng lama-lama pakai kayu untuk tekan roti saja, bukan meleperkan roti. Lagi cantik gitu.

7. Lettuce Iceburg Ganti Kobis

Sayur tu ikut suka anda. Selalu orang pakai kobis, kan? Tapi masa aku niaga, aku pakai lettuce iceberg. Lebih sedap, tapi mungkin sukar nak dapat hari-hari. Pastu, mahal sikit.

8. Jenis Sos

Sos jangan pakai yang murah. Kebanyakan peniaga burger di KL yang top-top tu pakai Longson. Susah nak jumpa, kot. Kalau di Perlis ni, peniaga kebab yang banyak pakai Longson. Sebab tu kebab mereka sedap.

9. Jenis Mayonis

Mayo pula, paling best pakai Nelly. Mahal, tapi sapu sikit saja. Jangan sampai banyak sangat, sikit pun dah berasa.

10. Jenis Keju

Untuk cheese, aku pakai smoked BBQ. Apa-apa brand pun tak apa. Warnanya oren. Mahal sikit, tapi memang berasa cheesenya. Pernah tak anda beli cheeseburger, tapi tak rasa cheese langsung? Sebab cheese murah.

11. Sos Lada Hitam

Sos lada hitam. Kalau boleh, masak sendiri. Jangan harap yang siap. Tak berapa sedap yang itu. Mudah saja. Masak butter dengan tepung gandum sampai naik bau sedap. Letak oyster sauce, lada hitam kasar, kicap cair, chicken stock, garam. Rasa hingga sedap di mulut. Celup daging dalam kuah lada hitam.

12. Susunan Lapisan Burger

Last sekali, aturkan sayur, sos, dan mayo. Ini kajian sendiri. Sos dengan mayo kalau boleh asingkan. Mayo bawah, sos atas. Bila makan, baru terasa dua-dua rasa yang berbeza. Untuk cheese, letak atas daging yang panas, bagi dia cair dan melekat pada daging.

Sumber: Adie Redzuan via Media Malaysia

Baca juga: Cara Buat Burger Prosperity Ala McD, Buat Sendiri Lagi Puas Makan!

Nasiha

Recent Posts

Cara Pilih Udang Segar Supaya Tak Lembik Selepas Masak, Wajib Ada 3 Ciri ‘Ini’

Peminat udang mesti seronok jika dapat makan masakan udang yang sedap. Sebelum itu, anda perlu…

2 days ago

Puding Laici Susu Ocean Blue, Makan Sejuk-Sejuk Rasa Segar Tak Terhingga!

Banyak cara digunakan untuk buat bentuk puding yang kreatif sampaikan boleh menarik perhatian ramai dan…

2 days ago

Cara Elak Nasi Cepat Basi, Rupanya Ada Petua Kena Ikut Supaya Tahan Lama!

Kadangkala selepas masak nasi, tak sampai sehari ia sudah menjadi basi. Sebenarnya, ada cara elak…

2 days ago

Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi!

Buat anda yang suka guna bahan masakan dengan air tangan sendiri di rumah, resepi Mee…

2 days ago

Resipi Sos Hijau Yaman, Cicah Dengan Apa Pun Pasti ‘Terangkat’!

Sos hijau Yaman adalah sos pencicah untuk pelbagai jenis hidangan. Rasa pedas dan segarnya sangat…

3 days ago

Kek Sandwich Victoria Terlajak Gebu, Siap Ada Filling Yang Tangkap Leleh!

Jika ditanya tentang kek yang mempunyai rasa mewah, semestinya ramai akan jawab Kek Sandwich Victoria.…

3 days ago