burger malaysia

Burger Malaysia atau pau sambal ini tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Untuk menghasilkan burger Malaysia yang sedap, intinya perlu pekat elok dan berwarna maroon.

Jika sambal cair, bahagian roti akan menjadi lembik dan tidak sedap untuk dimakan.

Kalau ada yang sudah lama teringin nak makan burger Malaysia ini, jom kita cuba buat sendiri di rumah.

Baca juga: Jom Buat Burger Homemade. Patty Tebal, Berjus & Tak Sarat Dengan Sos

Resipi Sambal Burger Malaysia

Bahan-bahan:

  • 10 ulas bawang merah
  • 2 labu bawang besar dibelah 4
  • 1/2 genggam ikan bilis halus
  • 4 ulas bawang putih
  • 20-30 tangkai cili kering (rendam air panas, kisar dengan sedikit air dan minyak)
  • Sedikit gula melaka
  • Sedikit asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Perasa
  • Minyak masak

Cara-cara:

1. Kisar bawang merah, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis. Kemudian tumiskan sehingga sedikit garing.

2. Masukkan pula cili kisar dan kacau sekata. Kemudian terus masukkan gula mengikut tahap kemanisan yang disukai. Boleh juga tambahkan seketul gula melaka (200g).

3. Masak menggunakan api perlahan, lagi lama lagi sedap. Empunya resipi masak selama lebih 2 jam.

4. Apabila sambal garing, tambah sedikit air dan ulang selama beberapa kali sehingga warna sambal bertukar kepada warna maroon, pekat, sebati elok dan naik minyak.

5. Akhir sekali baru masukkan garam dan perisa serta sedikit asam jawa.

6. Kalau masak lama, sambal akan tahan lama. Simpan pada suhu luar, 7 hingga 8 hari pun sambal tidak akan basi dan rosak.

burger malaysia

Resipi Doh Roti

Bahan A:

  • 1 kg tepung high protein
  • Sedikit garam
  • 150 gm gula
  • 40 gm susu tepung
  • 10 gm yis
  • 5 gm bread improver

Bahan B:

  • 550 gm air sejuk
  • 1 biji telur

Bahan C:

  • 100 gm marjerin

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan A di dalam mixer. Kemudian pukul menggunakan speed 1.

2. Masukkan pula bahan B secara perlahan. Pukul lagi pada speed 1 sehingga semua bahan bercampur rata.

3. Kemudian tukar kepada speed 2. Apabila doh sudah betul-betul sebati, masukkan bahan C. Pukul lagi sehingga elastik.

4. Satu adunan biasanya mencapai berat 1 kg. Bahagikan kepada 50 biji, setiap biji 35 gram.

5. Susunkan doh yang sudah dibahagian tadi. Taburkan tepung ke atas dulang.

6. Tutup dengan wrap selama 30 minit.

7. Kemudian, goreng menggunakan minyak yang banyak dan api sederhana. Angkat dan toskan.

9. Tambah 3 sudu besar shortening ke dalam minyak panas supaya warna burger menjadi sekata semasa digoreng.

10. Belahkan burger, tapi jangan sampai putus. Ambil sambal tadi dan letakkan ke dalam belahan tadi.

11. Pastikan jangan ambil sambal bahagian berminyak untuk elakkan burger jadi berminyak dan tak sedap. Selamat mencuba!

burger malaysia

Kredit resipi dan gambar: Azlina Ina Fans

Baca juga: Cara Buat Burger Prosperity Ala McD, Buat Sendiri Lagi Puas Makan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN