resepi bubur kacang hijau

Kalau selalu kecewa sebab kacang hijau liat walau dah lama rebus, jom cuba cara mudah ini! Resepi bubur kacang hijau ini bukan saja cepat empuk, tapi juga jimat gas. Tak perlu rendam pun, hasilnya tetap lembut, wangi dan sedap lemak berkrim.

Resipi ini tambah jagung dan juga sagu, jadi teksturnya lebih menarik dan rasa lebih lemak manis. Sesuai sangat sebagai pencuci mulut untuk minum petang atau dinikmati pada bila-bila masa.

Baca juga: Resipi Bubur Puteri Mandi Labu, Lemak Manis & Wangi Buah Segar Buat Tak Cukup Semangkuk!

RESEPI BUBUR KACANG HIJAU CAMPUR JAGUNG DAN SAGU

resepi bubur kacang hijau

Bahan-bahan:

  • Kacang hijau (dibasuh bersih)
  • Jagung
  • Sagu
  • Gula melaka atau gula perang
  • Susu full cream (nak guna santan pun boleh)
  • Secubit garam
  • Daun pandan

Cara memasak:

  1. Masukkan kacang hijau yang telah dibasuh bersama daun pandan ke dalam periuk bertutup.
  2. Rebus selama 7 minit, pastikan air melebihi paras kacang.
  3. Tutup api dan biarkan selama 20 minit (jangan buka penutup periuk).
  4. Kemudian sambung semula rebus selama 10 minit.
  5. Bila kacang sudah kembang dan empuk, barulah masukkan jagung, sagu, gula, garam dan susu atau santan.
  6. Kacau hingga semua bahan sebati dan masak sempurna.

Teknik 7:20:10 minit ini memang menjadi! Walaupun kacang tak direndam, tetap lembut dan tak pecah.

Sumber: Siti Zuraida Hilmie

Baca juga: Resipi Bubur Candil Pelangi Dengan Kuah Santan Lemak Manis, Kenyal Bila Gigit!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN