Biskut makmur, siapa tak kenal kuih raya klasik ini kan? Rasanya yang lemak manis, cair di mulut memang buat kita rasa nak makan berbalang-balang! Tapi, pernah tak cuba Biskut Makmur Sabah? Ha, yang ini memang lain macam sikit.
Berbeza dengan resipi biasa yang guna mentega, biskut makmur Sabah ini ada tambahan minyak sapi. Sebab itu biskut lagi wangi, lagi lemak dan rasa pun lebih ‘kaya’. Tekstur biskut pun jadi lebih rapuh dan cair di mulut.
Bahan-bahan yang diperlukan juga sangat ringkas dan mudah dicari. Selepas ini, bolehlah buat sendiri biskut makmur yang sedap macam dekat kedai, malah mungkin lagi sedap!
Baca juga: Resipi Biskut Ala Famous Amos, Ada Bahan Rahsia Untuk Wangikan Biskut!
RESEPI BISKUT MAKMUR SABAH
Bahan-bahan:
- 500g tepung gandum – sangai
- 300g marjerin – dicairkan
- 2 sudu besar minyak sapi – dicairkan
- 250g kacang tanah – blend separa halus
- 60g susu tepung
- 50g gula aising
Cara-cara:
- Sangai tepung gandum sampai masak (macam mana nak tahu tepung dah masak? Bila tepung itu dah rasa ringan). Guna api yang kecil dan sentiasa kacau.
Sejukkan dan ayak tepung. - Cairkan marjerin dan minyak sapi.
- Tunggu sehingga sejuk, masukkan tepung gandum, kacang tanah, gula aising dan susu tepung, gaul semua sehingga sebati.
- Bulat-bulatkan dan boleh dibakar.
- Bakar pada suhu 150°C selama 20 minit, perangkan bahagian bawah.
- Apabila biskut dah masak, ketepikan seketika untuk biarkan sejuk.
- Jika sudah sejuk, gaul bersama susu tepung dan gula aising.
- Selamat mencuba!
Sumber: Tuan Adrianna Arissa
Baca juga: Resipi Biskut Dahlia Tanpa Guna Telur, Ini Tips Penting Agar Bunga Tak Jatuh