Categories: Resipi

Resipi Biskut Kelapa ‘Legend’, Waktu Bakar Bau Harum Satu Rumah!

Resepi biskut kelapa ini agak unik kerana ia menggunakan biskut jagung bersama kelapa parut. Gabungan ini memberikan rasa dan tekstur yang menarik.

Jika anda mempunyai biskut yang tidak habis, inilah peluang untuk mencuba resipi ini. Selain itu, biskut kelapa ini sangat mudah disediakan.

Resipi ini hanya beberapa bahan dan langkah yang ringkas, anda boleh menghasilkan biskut yang lazat untuk dinikmati bersama keluarga.

Dengan rasa kelapa yang wangi dan sedikit manis dari biskut jagung, ia pasti akan memikat selera sesiapa sahaja yang mencubanya. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Biskut Makmur Susu ‘Gebu’ Guna Sukatan Cawan, Sedap Cair Di Mulut!

RESEPI BISKUT KELAPA

Bahan-bahan:

  • Sebungkus biskut (kisar halus)
  • 300g kelapa parut
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam

Cara-cara:

  1. Sediakan sebuah mangkuk besar. Masukkan biskut yang telah dikisar halus, kelapa parut, gula, dan garam. Gaul semua bahan ini hingga sebati.
  2. Setelah bahan-bahan digaul rata, pindahkan campuran ke dalam bekas bertutup. Tutup bekas dengan rapat dan biarkan campuran tersebut diperap selama 30 minit
  3. Setelah 30 minit, ambil bekas ais kiub dan isi campuran biskut ke dalam setiap lubang. Pastikan anda tekan campuran dengan kuat agar biskut terbentuk dengan baik. Selepas itu, terbalikkan bekas ais kiub ke atas tray untuk mengeluarkan biskut yang telah dibentuk.
  4. anaskan oven pada suhu 170°C. Susun biskut yang telah dibentuk di atas tray pembakar dan bakar selama lebih kurang 20 minit. Pantau biskut semasa membakar; apabila permukaan biskut berwarna keemasan, ia sudah siap untuk dikeluarkan dari oven.
  5. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Norhawati Nadzir

Baca juga: Resipi Biskut Choc Chip Ala ‘Famous Amos’, Gaul Guna Senduk, Tak Guna Mixer Pun Jadi!

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago