Alangkah seronoknya jika dapat makan snek sambil menonton movie yang disukai di rumah. Oleh itu, kami nak kongsikan kepada anda tentang resepi Biskut Coklat Chip yang rangup.
Disebabkan Biskut Coklat Chip sering menjadi permintaan ramai setiap kali musim perayaan, maka ramai yang menggunakannya untuk berniaga.
Nor Azliza Mohamed selalu dapat maklum balas positif daripada pelanggan kerana sungguh sedap, oleh itu dia telah kongsikan resepi Biskut Coklat Chip yang dibuatnya. Jom kita cuba!
Baca juga: Biskut Cornflakes Tak Payah Bakar, Guna 3 Bahan Tapi Rangup Bukan Main
Bahan A:
Bahan B:
Bahan C:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, kacau sebati semua bahan A dalam mangkuk.
2. Kemudian, masukkan bahan B ke dalam adunan A tadi (jika lembik sangat, tambah 2 sudu besar tepung gandum).
3. Selepas itu, masukkan secawan choc chips dan sebarang kekacang yang disukai (tak nak letak kekacang pun tak apa sebab memang sudah sedap tanpanya).
4. Seterusnya, cubit dan sudukan adunan diikuti susun atas loyang yang dialas baking paper (jarak-jarakkan sedikit sebab biskut akan mengembang apabila proses membakar nanti).
5. Akhir sekali, bakar dengan menggunakan suhu 160ºC selama 20 hingga 25 minit atau sehingga masak, bergantung kepada oven masing-masing. Siap untuk dinikmati!
Hasil daripada resepi Biskut Coklat Chip ini boleh dapat banyak balang. Jika anda pertama kali membuatnya, boleh mulakan dengan menggunakan separuh bahan terlebih dahulu.
Sesiapa pun takkan menolak untuk makan Biskut Coklat Chip yang comel dan rangup. Silap-silap, satu hari pun sudah boleh habis sebalang jika dimakan beramai-ramai.
Selamat mencuba!
Sumber: Nor Azliza Mohamed
Baca juga: Biskut Telur Rebus, Guna Resipi Ini Untuk Rasa Yang Cukup Klasik
Resipi ayam gunting rangup ini sesuai untuk anda yang sering geram apabila salutan tepung terlalu…
Kalau sedang mencari idea menu yang berkuah dan mengenyangkan, mi kuah daging ini boleh dicuba.…
Kalau teringin nasi dagang Terengganu yang lengkap, hidangan ini boleh dibuat sendiri di rumah. Nasi…
Bagi wanita yang bekerja, nak masak setiap hari memang boleh jadi satu cabaran, lebih-lebih lagi…
Resepi sundubu jjigae ini sesuai untuk dicuba di rumah dengan menggunakan bahan yang mudah ditemui…
Kek pisang marble ini sesuai dibuat kalau ada pisang yang sudah masak di rumah. Teksturnya…