Categories: Resipi

Resipi Bengkang Pandan, Ikut Versi ini Lebih Lembut Dan Wangi

Jika anda mencari reseipi bengkang pandan yang lembut, wangi dan menggoda selera, berikut adalah versi yang telah Cik Puan Shiela D’Dapoq ubah suai sedikit untuk hasil yang lebih ‘kababoomm‘.

Rasa pandan asli dan aroma yang memikat ini sesuai dinikmati bersama keluarga. Pastikan anda ikut langkah demi langkah untuk hasil memuaskan hati.

Selain itu, jika anda ingin membakar bengkang di atas dapur gas, gunakan periuk dengan lapik di bawahnya untuk mengelakkan bengkang hangus. Pastikan api kecil sahaja dan tutup periuk semasa membakar.

Baca lagi: Resepi Biskut Coklat Chip Rangup, Comel Begini Mesti Laku Berbalang-Balang!

RESIPI BENGKANG PANDAN

Bahan Utama:

  • 10-15 helai daun pandan *
  • 2 ½ cawan air *
  • 2 batang kulit kayu manis *
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 tin susu cair
  • 7 biji telur saiz A
  • 1 cawan gula pasir
  • ½ cawan marjerin
  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • ½ sudu kecil garam halus
  • Sedikit pewarna hijau dan kuning lemon (untuk kesan warna yang lebih menarik)
  • Nota: Bahan bertanda (*) perlu dikisar.

Cara Penyediaan:

1. Kisar daun pandan, air, dan kulit kayu manis bersama hingga menjadi jus pandan. Pastikan jangan terlalu halus supaya tidak terasa getah pandan.

2. Tapis campuran pandan tadi, perah untuk mendapatkan jus pandan yang pekat. Berhati-hati ketika memerah supaya tidak ada serpihan kulit kayu manis yang tajam terbawa.

3. Panaskan oven pada suhu 160°C selama 10 minit.

4. Dalam satu bekas besar, campurkan semua bahan yang telah disediakan termasuk jus pandan, santan pekat, dan susu cair.

5. Gaul rata semua bahan dan kemudian kisar semula untuk memastikan adunan benar-benar sebati.

6. Tuang adunan ke dalam acuan yang telah dilenser dengan sedikit minyak atau marjerin.

7. Bakar pada suhu 170°C menggunakan api atas dan bawah. Selepas 15 minit, tarik keluar sedikit acuan dari oven dan taburkan bijan di atas permukaan bengkang sebagai hiasan.

8. Masukkan semula acuan ke dalam oven dan teruskan membakar selama lebih kurang 1 jam atau sehingga bengkang benar-benar masak. Jika anda mahu bahagian keliling lebih garing, boleh tambahkan waktu membakar.

9. Pada 10 minit terakhir, tukar kepada api atas sahaja untuk memberikan kesan garing pada permukaan atas bengkang.

10. Setelah masak, cepat-cepat sapukan sedikit marjerin di atas bengkang yang masih panas untuk memberikan kesan berkilat.

11. Renggangkan pintu oven dan biarkan bengkang rehat dalam oven selama 15 minit sebelum dikeluarkan. Ini akan membantu mengelakkan bengkang dari turun mendadak dan mengekalkan teksturnya.

Sumber: Shiela D’Dapoq

Baca lagi: Asam Laksa Guna Sardin Tin Yang Kaww, Cara Mudah Tak Perlu Siang Ikan!

 

Aisha Qistina

Recent Posts

Cara Hilangkan Bau Bawang Pada Tangan Selepas Memasak, Ini 5 Petua Mudah Yang Boleh Dicuba

Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…

20 mins ago

Resipi Kari Ikan Bawal Emas Berkuah Pekat Dan Berlemak, Memang Surrr!

Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…

2 hours ago

Resipi Kek Marble Mudah, Tak Sangka Guna 4 Bahan Saja Dah Boleh Jadi Secantik Ini!

Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…

2 hours ago

Resipi Sup Tofu Pecah Telur, Hirup Kuah Panas-Panas Memang Tak Puas Semangkuk!

Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…

2 hours ago

Resipi Panna Cotta ‘Inspired By’ Daripada Wedding BASS, Rasa Lemak Berkrim!

Terinspirasi daripada majlis perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq yang dikenali sebagai wedding BASS, Nor…

3 hours ago

Resepi Sosej Masak Sambal Homemade, Imbau Memori Macam Makan Di Kantin Sekolah!

Resepi sosej masak sambal ini memang sesuai untuk yang teringin menikmati lauk ringkas seperti yang…

3 hours ago