resepi bihun sup pama

Jom cuba resepi bihun sup pama. Buat sendiri memang puas hati! Lagi-lagi makan ketika cuaca hujan.

Rupanya tak susah mana kalau ada yang nak cuba masak di rumah. Cara penyediaannya cukup mudah dan ringkas.

Jom ikuti resipi perkongsian oleh Zara Latif di bawah. Hantaran tersebut telah mendapat hampir 2.2 ribu perkongsian di laman sosial Facebook.

Baca juga: Resipi Bihun Sup Chinese Style Yang Sedap, Senang Je Nak Masak

RESEPI BIHUN SUP PAMA

Bahan-bahan:

  • Bawang putih (dicincang dadu)
  • Minyak masak
  • Isi ayam
  • Kiub pati ayam
  • Garam
  • Serbuk lada hitam
  • Bihun
  • Telur
  • Daun sup
  • Cili flakes
  • Asam limau

Cara-cara:

1. Bawang putih dicincang dadu dan tumis dengan sedikit minyak masak sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

2. Rebus isi ayam bersama kiub pati ayam, garam dan serbuk lada hitam. Rebus sehingga isi ayam masak.

3. Jika air rebusan berkurangan, tambah air secukupnya.

4. Kemudian, letakkan bawang putih yang sudah ditumis tadi ke dalam rebusan ayam.

5. Seterusnya, masukkan bihun ke dalam kuah sup. Bihun tak perlu dicelur terlebih dahulu.

6. Akhir sekali, pecahkan telur dan biarkan sekejap sehingga telur separuh masak. Perlahankan api gas.

7. Akhir sekali, taburkan daun sup dan cili flakes. Jangan lupa perah asam limau. Selamat mencuba!

resepi bihun sup pama

Kredit resipi dan gambar: Zara Latif

Baca juga: Resepi Kuetiau Sup Fishball, Sedap Hirup Kuah Panas-Panas!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN