bihun goreng putih

Resepi bihun goreng putih ini mungkin kelihatan ringkas, tetapi rasanya sangat sedap hingga boleh makan berpinggan-pinggan. Jika tidak mahu menggunakan cili, rasanya tetap menyelerakan.

Hidangan ini juga sangat sesuai untuk keluarga, terutamanya anak-anak. Ia mudah disediakan dan bahan-bahannya biasanya sudah ada di rumah. Jadi, ibu-ibu boleh masak pada bila-bila masa saja.

Baca juga: Cara Masak Bihun Sup Utara Paling Senang, Tak Renyah Banyak Bahan!

RESEPI BIHUN GORENG PUTIH

resepi bihun goreng putih

Bahan-bahan:

  • 1/2 pek bihun (rendam)
  • 2 sudu lada putih
  • 3 biji bawang putih (tumbuk bersama lada putih)
  • 2 biji telur
  • Udang/ayam (ikut selera)
  • Sedikit lobak merah yang telah disagat
  • 1 biji cili hijau
  • Daun bawang
  • Garam dan perasa tambahan

Cara-cara:

  1. Panaskan kuali dan tuang sedikit minyak masak.
  2. Apabila minyak sudah panas, tumis bahan yang telah ditumbuk (bawang putih dan lada putih).
  3. Pecahkan telur dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan isi ayam atau udang. Gaul sebati dan biarkan lauk masak.
  5. Tambahkan bihun yang telah direndam dan lobak merah yang disagat.
  6. Masukkan garam dan perasa tambahan, gaul hingga sebati.
  7. Masukkan cili hijau dan daun bawang, gaul sehingga bihun masak sepenuhnya.
  8. Hidangkan dan siap untuk dinikmati!

Kredit resipi dan gambar: Eniza M. Salim

Baca juga: Resipi Bihun Goreng Siam, Nak Sedap Wajib Letak 2 Bahan Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN