bihun goreng putih

Bihun boleh diolah menjadi pelbagai hidangan yang lazat seperti bihun tomyam, bihun sup, bihun soto ayam dan sebagainya. Selain itu, anda juga boleh mencuba resepi bihun goreng putih.

Bihun goreng putih ini sesuai untuk semua peringkat umur kerana tidak pedas sama sekali. Walaupun kelihatan seperti bihun goreng Singapore, resipi ini tidak masukkan lada hitam atau sebarang cili.

Selain itu, ada satu bahan rahsia yang perlu diletakkan agar masakan menjadi lebih sedap. Kalau nak pelajari resipinya yang lengkap, mari kita ikuti perkongsian oleh Puan Nur Aida Md Zainuddin di bawah.

Baca juga: Cara Masak Bihun Goreng Satu Kawah Untuk Makan Ramai, Ini Petua Elak Hancur & Lembik

RESEPI BIHUN GORENG PUTIH

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Fishball
  • Telur
  • Bawang putih
  • Tomato
  • Sos tiram
  • White pepper
  •  Gula
  • Bihun
  • Sayur

Cara memasak:

1. Rebus ayam dengan bawang putih dan garam atau sedikit kiub pati ayam untuk dapatkan jus yang akan digunakan untuk memasak nanti (ini rahsia menyedapkan bihun). Bila dah siap, keluarkan isi ayam dan carikkan, simpan sup jangan buang.

bihun goreng putih

2. Goreng fishball dan telur (buat scramble). Ketepikan.

3. Guna minyak yang sama, masukkan sedikit bawang putih dan kalau ada tomato, boleh goreng bersama tomato. Letak tomato lagi sedap.

4. Kemudian, masukkan sup dan ayam yang sudah direbus tadi. Letakkan juga sos tiram jika. Perasakan dengan white pepper dan gula.

5. Masukkan bihun dan gaul perlahan agar bihun tidak patah. Guna api sederhana, jangan terlalu kecik dan jangan terlalu besar.

6. Apabila air dah sedikit kering, masukkan fishball, telur dan sayur yang disukai.

7. Gaul sehingga semuanya sebati dan bercampur rata. Kalau rasa tawar, boleh tambahkan garam (jika perlu sahaja).

8. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

bihun goreng putih

Kredit resipi dan gambar: Nur Aida Md Zainuddin

Baca juga: Resipi Bihun Goreng Siam, Nak Sedap Wajib Letak 2 Bahan Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN