Categories: Tips & Petua

Tip Elak Bergedel Merekah & Hancur Selepas Digoreng, Ada Rahsia Kena Buat!

resepi bergedilresepi bergedil

Resepi bergedil ini cukup mudah dan sedap dimakan begitu sahaja. Ia juga sering dijadikan sebagai menu tambahan dalam masakan lain seperti soto.

Walaupun cara penyediaannya nampak senang, tetapi begedil boleh menjadi hancur dan pecah ketika sedang digoreng. Di mana silapnya?

Oleh itu, jom MyResipi kongsikan tips bagaimana mahu hasilkan begedil yang cantik, sempurna dan tidak hancur selepas digoreng. Barulah perfect!

Baca juga: Tips Buat Soto Ayam Yang Sedap, Resipi Asli Daripada Chef Indonesia

TIPS BERGEDEL TAK HANCUR SELEPAS DIGORENG

resepi bergedilresepi bergedil

Tips untuk elak bergedil merekah dan hancur setelah digoreng:

  1. Kentang yang digoreng lebih mudah dibentuk menjadi bergedil. Pastikan kentang cukup masak dan lembut untuk memudahkan proses pembentukan.
  2. Kuantiti kentang perlu lebih dari bahan-bahan lain. Ini akan membantu memastikan bergedil tidak mudah hancur semasa digoreng.
  3. Tips ini juga boleh digunakan untuk tauhu bergedil. Setelah dicelup dengan telur, masukkan bahagian hadapan dahulu ke dalam kuali. Terbalikkan sekali sahaja untuk memastikan ia masak dengan sekata
  4. Pastikan api dapur sederhana besar, jangan terlalu perlahan kerana ia boleh membuat bergedil menyerap minyak dan menjadi berminyak.

RESEPI BERGEDIL

Bahan-bahan:

  • 10 kg kentang
  • Sekilo bawang besar (hiris halus)
  • 350 gram daun sup (hiris halus)
  • Sepaket bawang goreng
  • 2 paket lada burung (hiris halus)
  • 2 paket ayam kisar 4 (toskan air ayam ni tau, tengok kat gambar)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Rebus kentang sampai empuk. Semasa rebus, letakkan garam. Jika nak cepat empuk, potong kentang secara kecil-kecil.
  2. Toskan kentang dan lenyek semasa masih panas bersama-sama ayam kisar.
  3. Bila dah sekata, masukkan bawang, daun sup, cili padi dan gaul sekata. Jika rasa kurang, tambah garam secukupnya.
  4. Jika rasa doh agak lembap, boleh tambah bawang goreng. Gaul sekata. Bawang goreng berfungsi sebagai penyerap lembapan.
  5. Semua dah sekata bolehlah bulat-bulatkan doh jadi ketulan kecil seperti dalam gambar. Bentuk terpulang pada tukang gentel. Nak lonjong pun boleh.
  6. Untuk menggoreng pastikan minyak banyak supaya begedil tenggelam dalam minyak.
  7. Pukul sedikit telur. Celup ketulan doh tadi dalam telur dan goreng. Goreng sampai masak.
  8. Dah masak, angkat, toskan minyak. Siap!

Sumber: Noor Ali, Nurul Afidah Omar

Baca juga: Cara Buat Bakso Resipi Asli Daripada Orang Indonesia, Mengiurkan!

Nasiha

Recent Posts

Cara Pilih Udang Segar Supaya Tak Lembik Selepas Masak, Wajib Ada 3 Ciri ‘Ini’

Peminat udang mesti seronok jika dapat makan masakan udang yang sedap. Sebelum itu, anda perlu…

2 days ago

Puding Laici Susu Ocean Blue, Makan Sejuk-Sejuk Rasa Segar Tak Terhingga!

Banyak cara digunakan untuk buat bentuk puding yang kreatif sampaikan boleh menarik perhatian ramai dan…

2 days ago

Cara Elak Nasi Cepat Basi, Rupanya Ada Petua Kena Ikut Supaya Tahan Lama!

Kadangkala selepas masak nasi, tak sampai sehari ia sudah menjadi basi. Sebenarnya, ada cara elak…

2 days ago

Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi!

Buat anda yang suka guna bahan masakan dengan air tangan sendiri di rumah, resepi Mee…

2 days ago

Resipi Sos Hijau Yaman, Cicah Dengan Apa Pun Pasti ‘Terangkat’!

Sos hijau Yaman adalah sos pencicah untuk pelbagai jenis hidangan. Rasa pedas dan segarnya sangat…

3 days ago

Kek Sandwich Victoria Terlajak Gebu, Siap Ada Filling Yang Tangkap Leleh!

Jika ditanya tentang kek yang mempunyai rasa mewah, semestinya ramai akan jawab Kek Sandwich Victoria.…

3 days ago