resepi ayam popcorn

Kalau suka ayam gunting yang rangup dan pedas, anda kena cuba resepi ayam popcorn ini! Ayamnya rangup di luar, tapi masih juicy bila digigit.

Mula-mula, ayam diperap dengan campuran tepung yang ringkas sebelum digoreng hingga keperangan dan garing. Kemudian, ayam yang sudah digoreng disalut pula dengan serbuk cili homemade.

Kalau anda nak cuba sendiri, boleh rujuk resipi penuh daripada Puan Shaa Zainol II untuk lihat senarai bahan penuh dan cara penyediaannya.

Baca juga: Resipi Ayam Masak Bawang Berkuah Pekat & Beraroma, Sekali Masak Mesti Nak Ulang Banyak Kali!

RESEPI AYAM POPCORN RANGUP DAN JUICY

resepi ayam popcorn

Bahan A:

  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung ubi
  • 3 sudu besar serbuk cili
  • Garam secukup rasa

Gaul semua bahan hingga sebati. Ketepikan.

Bahan B:

  • Dada ayam
  • Garam
  • 2/3 sudu cili kisar
  • 2 sudu tepung bahan A

Gaul semua bahan dan perap seketika supaya perasa meresap.

Cara-cara:

  1. Gaulkan ayam yang diperap ke dalam campuran Bahan A hingga disalut rata.
  2. Panaskan minyak yang banyak, kemudian goreng hingga ayam masak keperangan dan rangup.
  3. Toskan minyak.

Bahan serbuk cili:

  • Serbuk cili
  • Garam
  • Gula

Cara buat serbuk cili:

  1. Sangai semua bahan guna api kecil hingga kering, kemudian kisar halus.
  2. Setelah ayam siap digoreng, boleh gaulkan dengan serbuk cili homemade tadi.

Bila ayam dah siap digoreng, boleh gaulkan dengan serbuk cili homemade tadi. Memang padu! Rangup di luar dan juicy di dalam! Selamat mencuba

Sumber: Shaa Zainol II

Baca juga: Resipi Kaki Ayam Goreng Tepung Rangup, Ikut Petua Ini Tak Liat Langsung Bila Makan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN