Categories: Resipi

Resipi Ayam Pop, Cara Mudah Tapi Rasa Autentik Macam Masakan Padang!

Ayam Pop adalah salah satu hidangan yang popular dalam masakan Minang. Apa yang menarik tentang ayam pop ini ialah cara penyediaannya yang ringkas, tapi tetap menghasilkan rasa yang sangat lazat.

Dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan langkah-langkah yang tidak rumit, sesiapa saja boleh mencuba untuk membuatnya di rumah. Jadi, kalau anda sedang mencari resipi ayam yang lain dari yang lain, boleh cuba ayam pop ini.

Baca juga: Resipi Gulai Tunjang Ala Masakan Padang, Puas Hati Makan Bila Buat Sendiri!

CARA MASAK AYAM POP ALA MASAKAN PADANG

Bahan-bahan:

  • Halia 2-3 inci (diketuk)
  • Serai 2-3 batang (diketuk)
  • Bawang putih 8 ulas (diketuk)
  • 6 ketul ayam (bahagian chicken leg)
  • Air kelapa 3 plastik
  • Santan 50ml
  • Garam 2 sudu kecil

Cara memasak:

  1. Sediakan periuk. Masukkan ayam, air kelapa, santan, serai, halia, bawang putih dan juga garam.
  2. Rebus dan biarkan ayam masak selama lebih kurang 1 jam.
  3. Bila kelihatan air rebusan pekat, keluarkan ayam.
  4. Baki kuah tadi, tambahkan santan 100 ml dan 2 sudu besar tepung gandum yang dibancuh dengan air.
  5. Kacau kuah dan masak sehingga teksturnya pekat.
  6. Tapiskan ke dalam mangkuk untuk menghasilkan tekstur kuah yang lebih licin.
  7. Tuang kuah tadi ke atas ayam.
  8. Sedia untuk dinikmati bersama nasi panas dan sos (resipi di bawah).

Bahan sos:

  • Tomato
  • Bawang putih 6 ulas
  • Bawang merah
  • Cili padi 8-10 biji
  • Cili besar 2 biji
  • Sedikit minyak masak
  • Daun limau purut
  • Pes otak udang 5g
  • Air 50 ml
  • Air kelapa 50 ml
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil gula

Cara buat sos:

  1. Satukan semua bahan sos dan kisar sehingga semuanya hancur lumat.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, kemudian tuangkan bahan kisar tadi.
  3. Masukkan juga daun limau purut dan pes udang. Kacau rata, masak sehingga sos menjadi sedikit gelap dan pecah minyak.
  4. Bila sos sudah sedikit kering, tuangkan air dan air kelapa. Kacau sebati.
  5. Selepas itu, letakkan sos tomato, garam dan gula. Kacau lagi.
  6. Siap.

Kredit resipi dan gambar: TikTok akiejack

Baca juga: Resipi Daging Berlado Style Kedai Nasi Padang, Memang Bikin Terliur!

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago