Categories: Resipi

Nasi Goreng Ikan Rebus, Nak Tambah Lagi Sedap Kena Letak Bahan ‘Ini’

Antara resipi nasi goreng yang selalu dibuat untuk habiskan lebihan nasi yang ada di rumah ialah Nasi Goreng Ikan Rebus yang enak.

Nasi Goreng Ikan Rebus menggunakan isi ikan rebus sebagai bahan utamanya, namun anda masih boleh menggunakan isi ikan goreng yang lama untuk membuatnya.

Cik Ning Haniey telah kongsikan resipi yang menarik di Facebook dengan langkah demi langkah yang mudah. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Nasi Goreng Kampung, Guna Cara Ini Baru Tak Nampak Pucat

RESIPI NASI GORENG IKAN REBUS

Bahan A:

  • Telur
  • Sayur sawi
  • Nasi putih
  • Ikan kembung (boleh guna apa-apa jenis ikan)
  • Petai (tambahan, tak nak letak pun tak apa)
  • Ajinomoto atau secukup rasa
  • Garam

Bahan B:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, goreng telur supaya menjadi telur hancur dulu.

2. Tumbuk semua bahan B bersama cili padi, lagi pedas lagi sedap. Bahan itu ditumbuk manja-manja. Tidak hancur sangat, lain orang lain caranya ya.

3. Rebus ikan dan setelah siap direbus, carikkan isinya dari tulang ikan. Pastikan di bahagian isinya tiada tulang-tulang halus yang tertinggal, sekiranya ada buang tulang tersebut.

4. Siang sayur sawi dan basuh bersih sebelum ditoskan.

5. Selepas itu, tumiskan bahan perencah B dalam minyak masak yang panas sehingga ia betul-betul masak garing.

6. Masukkan pula nasi putih dan garam, tambah sedikit ajinomoto atau secukup rasa, kemudian gaul semuanya sehingga sebati.

7. Akhir sekali, masukkan ikan rebus, telur hancur, sayur sawi dan petai. Siap untuk dihidang!

Sebenarnya petai dicampur dalam resipi Nasi Goreng Ikan Rebus ini untuk menambahkan kelazatannya dan anda sekeluarga pasti makan sampai bertambah punya.

Manalah tahu anda sudah kering idea untuk menghabiskan lebihan nasi yang ada di rumah, bolehlah buat hidangan ini nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Cik Ning Haniey

Baca juga: Cara Buat Keropok Nasi Keping, Kembang Dan Cukup Garing Bila Digoreng!

Aimi

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

5 hours ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

5 hours ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

5 hours ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

6 hours ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

7 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

7 hours ago