Categories: Resipi

Resipi Ayam Peratal, Ikut Teknik Ini Confirm Menjadi Punya!

Ringkas namun penuh rasa! Itulah gambaran bagi resipi ayam peratal yang dikongsi oleh Dea Noorfaizura. Hanya dengan melihat warna masakannya, kita sudah dapat membayangkan keenakan rasanya.

Resipi ini wajib dicuba kerana ia mudah dan cepat. Anda boleh mencuba membuat chicken peratal ini sebagai hidangan untuk makan tengah hari nanti. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Pandan, Ini Cara Mudah Tak Perlu Balut Daun!

RESEPI AYAM PERATAL

Bahan ayam:

  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu kecil lada hitam

Bahan tumbuk:

  • 1 ½ biji bawang merah (tumbuk kasar)
  • 5-6 biji bawang putih (tumbuk kasar)
  • 1 inci halia (tumbuk kasar)
  • 1 cawan bawang goreng

Bahan terasa:

Bahan tumis:

  • 4 sekawan (bawang merah, bawang putih, halia dan serai)
  • Jintan manis
  • Cili kering & daun kari
  • Tomato (tumis hingga tomato lembik)

Cara penyediaan:

1. Gaul serbuk kari daging, serbuk cili, serbuk ketumbar, serbuk kunyit dan lada hitam) dengan ayam hingga sebati.

2. Tumbuk bahan tumbuk (bawang merah, bawang putih, halia) hingga kasar. Campurkan dengan 1 cawan bawang goreng.

3. Tambahkan bahan perasa (garam, secukup rasa dan yogurt plain) ke dalam campuran ayam dan bahan tumbuk tadi. Gaul hingga sebati. Perap selama sekurang-kurangnya 30 minit.

4. Tumis bahan tumis (4 sekawan, jintan manis, cili kering dan daun kari) sehingga naik bau wangi.

5. Masukkan tomato dan tumis hingga tomato lembik.

6. Masukkan ayam yang telah diperap tadi ke dalam tumisan.

7. Tambahkan air secukupnya mengikut keperluan.

8. Setelah minyak mula pecah, tambahkan garam dan masak sehingga pecah minyak.

9. Jika minyak terlalu banyak, boleh keluarkan sedikit.

10. Masak lagi sehingga mencapai tahap kering yang diinginkan. Selamat mencuba!

Kredit: Dea Noorfaizura

Baca juga: Resipi Kari Ayam Padu Dari Biasa, Rupanya Kena Perap Dengan Bahan Rahsia

Nasiha

Recent Posts

Resipi Biskut Lady Fingers, Tak Payah Penat Cari Sebab Asyik ‘Sold Out’

Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…

6 hours ago

Kek Pisang Karamel Yang Cantik Sempurna, Guna Resipi Ini Pasti Menjadi!

Susah nak jumpa peniaga yang jual Kek Pisang Karamel di luar kerana ia merupakan antara…

8 hours ago

Strawberry Cheesecake, Resipi Tanpa Oven Ini Sangat Ringan & Tak Muak!

Resipi strawberry cheesecake ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti…

9 hours ago

Boko Ubi Kayu Lembut Bergedik, Baru Sekali ‘Ngap’ Terus Rasa Nikmatnya

Sekali-sekala nak makan pencuci mulut yang sejuk untuk segarkan tekak, bolehlah cuba buat Boko Ubi…

9 hours ago

Resipi Sup Kaki Ayam Tanpa Tumis, Ada ‘Petua’ Kalau Nak Lagi Sedap!

Cara masak sup kaki ayam ini cukup mudah kerana tidak perlu menumis. Hanya perlukan beberapa…

9 hours ago

Nasi Lemak Sedap Tanpa Santan, Lebih Berselera Makan Dengan Sambal Kosong

Jika ada ahli keluarga yang teringin makan Nasi Lemak sedap tapi mempunyai alahan pada santan,…

10 hours ago