ayam pandan

Resipi Ayam Goreng Pandan ini diilhamkan dari ayam pandan Thai yang biasanya dibalut dengan daun pandan. Namun, cara penyediaan ini lebih mudah kerana anda tidak perlu bersusah-payah membalutnya. Cukup dengan menggaul bahan-bahan dan terus menggoreng.

Aromanya yang harum semasa menggoreng pasti akan menggoda selera. Bau daun pandan yang wangi menyerap ke dalam ayam, membuatkan kita tak sabar untuk menikmatinya. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Kari Ayam Padu Dari Biasa, Rupanya Kena Perap Dengan Bahan Rahsia

RESEPI AYAM PANDAN WANGI

ayam pandan

Bahan-bahan:

  • 4 cawan isi ayam (potong dadu, jangan kecil sangat supaya selepas goreng tak kecut)
  • 2-3 batang serai (dihiris nipis)
  • 5 helai daun pandan (dihiris)
  • 1 sdm kicap cair masin
  • 1 sdm kicap ikan/sotong
  • 2 sdm sos tiram
  • 1 sdb perasa (jika suka)
  • 1/2 sdk lada putih serbuk
  • 1 sdm serbuk ketumbar
  • 1 sdm gula
  • 2 sdm tepung jagung atau tepung beras
  • 3 sdm santan pekat

Bahan kisar:

  • 3 atau 5 ulas bawang putih
  • 1 batang cili merah/ besar
  • I inci halia
  • Akar ketumbar

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan-bahan bersama bahan kisar.
  2. Gaul semua bahan dan perap selama 30 minit sebelum digoreng.
  3. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Makcik Ratu

Baca juga: Resipi Ayam Buttermilk Versi Kering Pedas, Bila Makan Tak Rasa Muak Langsung!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN