Resipi ayam masak merah ini cukup sinonim dengan menu kenduri kahwin. Masakan ini ada pelbagai versi, namun ayam masak merah simple ala kampung tetap menjadi pujaan hati.
Kalau teringin nak makan ayam masak merah ala kampung, ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Puan Liza Idris di bawah. Mudah dan sedap, memang sempoi.
Baca juga: Resipi Ayam Masak Thai, Lengkap Dengan Rasa Masam Manis Pedas!
RESEPI AYAM MASAK MERAH SIMPLE ALA KAMPUNG
Bahan dikisar:
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 10 tangkai cili kering
Bahan sos:
- 3 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap
Bahan-bahan lain:
- 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
- 1/2 ekor ayam digoreng bersama garam dan serbuk kunyit
- Herba 4 sekawan
Cara memasak:
1. Gaul ayam dengan garam kunyit, goreng dan ketepikan.
2. Satukan bahan sos di dalam mangkuk. Senang untuk dituangkan ke dalam masakan nanti.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
4. Terus masukkan 4 sekawan dan kacau sebati. Tumis sampai pecah minyak.
5. Bila dah pecah minyak, masuk bahan sos. Kacau lagi.
6. Masukkan juga air 1 cawan. Kena kacau lagi. Biarkan mendidih sikit.
7. Boleh letakkan ayam dan gaul rata sehingga mesra.
8. Akhir sekali tabur bawang yang dihiris bulat. Gaul dan biarkan seketika.
9. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Liza Idris
Baca juga: Teknik Betul Masak Ayam Masak Lemak Cili Api ‘Negeri Sembilan’