ayam masak merah ringkas

Kalau anda sedang mencari resipi ayam masak merah ringkas yang betul-betul menjadi, inilah pilihan paling mudah dan sedap untuk dicuba. Walaupun bahannya ringkas, rasanya tetap padu dan penuh aroma macam lauk orang kahwin.

Menu ini sesuai untuk masakan harian, hidangan rumah terbuka, kenduri kecil ataupun bila tiba-tiba terasa nak makan lauk nostalgia zaman kampung. Paling penting, ia tak mengambil masa lama untuk disediakan.

Dengan gabungan cili kering, tomato puree dan aroma serai, hasilnya kuah merah yang pekat, manis pedas seimbang dan sangat menyelerakan. Jom cuba resipi lengkap di bawah!

Baca juga: Resipi Sambal Goreng Jawa, Lauk Kenduri Legend Yang Confirm Tak Boleh Tolak!

RESIPI AYAM MASAK MERAH RINGKAS

ayam masak merah ringkas

Bahan A (Ayam):

  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • Garam dan kunyit secukupnya (untuk perap)
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan B (Kisar):

  • Segenggam cili kering (direbus terlebih dahulu)
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1 ketul halia sebesar ibu jari

Bahan lain:

  • 1 tin kecil tomato puree
  • Sos tiram secukupnya
  • Sos cili secukup rasa
  • 4 sekawan (bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, kulit kayu manis)
  • 1 helai daun pandan (jika ada)
  • Daun ketumbar (untuk tabur)
  • Bawang goreng (untuk tabur)

Cara memasak:

  1. Goreng ayam sehingga suku masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Kisar halus semua bahan B.
  3. Menggunakan minyak lebihan gorengan ayam tadi, tumis 4 sekawan. Jika ada daun pandan, masukkan sekali untuk menaikkan aroma.
  4. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau.
  5. Tambahkan tomato purée, sos tiram dan sos cili secukup rasa.
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng. Masak sehingga kuah pecah minyak dan menjadi pekat.
  7. Angkat, kemudian taburkan daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

Sumber: Ameen Fami

Baca juga: Cara Buat Nasi Tomato Ala Lauk Pengantin, Sebijik Macam Makan Di Kenduri

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN