Categories: Resipi

Resepi Ayam Masak Bali Versi Cepat Siap, Gerenti Makan Sampai Bertambah!

Jika tiada idea untuk menyediakan lauk tengah hari atau malam di rumah, anda boleh cuba resepi Ayam Masak Bali yang kesedapannya cukup luar biasa.

Ayam Masak Bali ialah hidangan dari pulau Bali, Indonesia yang terkenal dengan aroma serai, daun kari serta perisa yang cukup lazat dimakan. Kini, ramai orang Malaysia yang suka memasaknya di rumah.

Walaupun ada banyak resepi Ayam Masak Bali, tapi kami berpendapat cara yang dikongsikan oleh Leha Yusuf di Facebook ini lebih menarik kerana cepat dibuat. Jom kita cuba!

Baca juga: Sedapnya Pekena Ayam Masak Burma, Rasa Kuahnya Sumpah Luar Biasa

RESEPI AYAM MASAK BALI

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • Segenggam cili kering
  • 4 biji bawang besar
  • 1 labu bawang putih
  • Sedikit halia
  • Sedikit belacan
  • 8 batang serai (jika saiz serai besar, guna 5 saja sudah cukup)
  • 6 tangkai daun kari
  • 1 sudu gula
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar kicap manis

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, bersihkan ayam, kemudian gaul dengan kunyit dan garam.

2. Selepas itu, goreng ayam tapi jangan sampai garing, angkat dan toskan.

3. Kemudian, kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia dan belacan.

4. Guna minyak goreng ayam tadi dan goreng serai sampai separuh coklat, kemudian masukkan daun kari dan goreng sampai garing dengan api sederhana atau kecil saja.

5. Setelah itu, masukkan semua bahan yang dikisar tadi, kemudian masak sampai naik bau dan garing. Tunggu sampai pecah minyak.

6. Seterusnya, masukkan gula, garam dan renjiskan kicap.

7. Akhir sekali, masukkan ayam dan kacau sebati, kemudian biar dalam 5 minit. Siap untuk dihidang!

Sesiapa pun pasti suka memasak hidangan lauk yang cepat siap, jadi kami yakin resepi Ayam Masak Bali ini pasti buat anda puas hati kerana lauk ini boleh buat orang makan sampai bertambah nasi dibuatnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Leha Yusuf

Baca juga: Resepi Ayam Masak Cabai, Ikut Cara Orang Dulu-Dulu Ini Dapat Aroma Luar Biasa!

Aimi

Recent Posts

Cara Buat Satay Bhalut Yang Sedang Viral, Rangup Dan ‘Juicy’ Di Dalam

Baru-baru ini telah viral tentang keenakan Satay Bhalut yang buat ramai teringin cuba sendiri di…

7 hours ago

Resepi Agar-Agar Santan Lapis Pelangi, Cantik Berkilau Bak Cermin Kejadiannya

Pantang ada masa terluang, mesti nak cuba resipi baru yang menarik. Kali ini, kami nak…

8 hours ago

Koktel Buah Segar Dan Kurang Manis, Boleh Buat Di Rumah Sepantas ABC!

Apabila cuaca panas, tekak rasa dahaga dan inginkan sesuatu supaya badan segar. Jika begitu, kami…

9 hours ago

Nasi Ambeng Johor Versi Cepat Siap, Resipi Ringkas Tapi Cukup Menyelerakan

Jika anda lahir di Johor dan berketurunan Jawa, pasti suka makan Nasi Ambeng Johor yang…

12 hours ago

Cara Masak Beras Basmathi, Guna Tips Ini Baru Lembut Dan Berderai Elok!

Pelbagai jenis nasi dibuat menggunakan beras basmathi seperti nasi minyak, nasi beriani dan banyak lagi.…

1 day ago

Resepi Kek Marble Gebu, Satu Adunan Saja Boleh Bakar Atau Kukus Dengan Mudah

Sesiapa saja yang suka makan kek pasti menyukai resepi Kek Marble gebu dan lembut. Lebih-lebih…

1 day ago