resepi ayam kam heong

Kalau dah bosan asyik masak ayam kicap, kali ini jom cuba resepi ayam kam heong ini pula.

Cara memasak menu ini cukup mudah dan ringkas. Tak perlu ambil masa yang lama untuk menyediakannya.

Ibu-ibu bolehlah cuba masak nanti untuk makan tengah hari. Suami pasti puji melangit!

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Kari, Makan Dengan Nasi Panas Memang Layan!

RESEPI AYAM KAM HEONG

Bahan-bahan ayam goreng:

  • Setengah ekor ayam dipotong kecil
  • Garam
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk halia
  • Sebiji putih telur
  • Tepung ubi

Cara memasak:

1. Masukkan sedikit serbuk halia ke atas ayam yang dipotong kecil. Serbuk halia ini mengurangkan rasa dan bau hanyir ayam.

2. Masukkan serbuk lada hitam.

3. Masukkan garam secukupnya.

4. Masukkan sebiji putih telur. Perap semua bahan dalam setengah jam.

5. Selepas setengah jam, panaskan minyak untuk menggoreng.

6. Taburkan tepung ubi pada ayam. Pastikan ayam tersalut sepenuh.

7. Goreng ayam sehingga masak.

Bahan-bahan kuah:

  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah (optional)
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 4 biji cili padi
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu gula

Cara memasak:

1. Ketuk bawang putih, bawang merah dan cili padi dihiris nipis.

2. Dengan minyak yang sama selepas menggoreng ayam, tumis bawang putih hingga naik bau.

3. Masukkan cili padi dan daun kari. Goreng hingga daun kari agak garing.

4. Masukkan serbuk kari dan bawang merah. Tumis hingga pecah minyak.

5. Masukkan sos tiram dan kicap.

6. Masukkan 1 sudu gula dan setengah cawan air. Masak hingga likat.

7. Apabila telah likat, masukkan ayam tadi dan gaul sebati.

8. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

resepi ayam kam heong

Kredit resipi dan gambar: Rafiza Idayu

Baca juga: Resipi Kerabu Ayam Goreng Ini Cukup Rasa Masam, Manis & Pedas, Sedap Ratah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN