Sudah sering makan nasi bersama lauk ayam goreng yang biasa, lama-lama jadi jemu juga. Hari ini anda boleh cuba kelainan dengan resepi Ayam Goreng Kari yang cukup mudah.
Biasanya kita dengar ayam goreng kunyit, ayam goreng berempah dan banyak lagi. Tapi pernahkah anda terfikir untuk menggunakan serbuk kari sewaktu menggoreng ayam?
Bayangkan aroma rempah kari dengan gabungan beberapa bahan lain pada ayam goreng, semestinya ia bakal membangkitkan selera sesiapa saja yang menghidu hidangan ini.
Begitulah yang dikongsikan oleh Bella Shabudin di Facebook, resepi Ayam Goreng Kari yang dibuatnya menjadi perhatian ramai kerana nampak menarik. Jom cuba!
Baca juga: Ayam Goreng Berempah Simple, Tak Payah Perap Rasa Tetap Memikat!
Bahan-Bahan:
Bahan A:
Bahan B:
Cara-cara:
1. Kisar semua bahan A.
2. Gaul ayam bersama bahan kisar tadi dan bahan B.
3. Perap selama sejam.
4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Siap untuk dihidang!
Resepi Ayam Goreng Kari ini sangat sesuai digunakan sebagai lauk tengah hari atau malam. Makan dengan nasi kosong pun sedap, apatah lagi meratahnya begitu saja.
Caranya cukup mudah dan tak renyah membuatkan hidangan yang menarik ini menjadi pilihan ramai. Dah cuba sekali, mesti nak lagi.
Walaupun nampak seperti menu biasa, tapi rasanya memang luar biasa. Bukan saja orang dewasa, malah kanak-kanak juga sukakan lauk sebegini.
Sudah selalu masak lauk berasaskan ikan, sekali-sekala kenalah tukar selera. Kami yakin hidangan ini akan menjadi kegemaran buat anda seisi keluarga.
Senang cerita, jika anda terburu-buru dan nak cepat masak, bolehlah guna resepi ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Bella Shabudin
Baca juga: Ayam Tandoori Homemade, Sedap Dia Sebijik Macam Kedai Mamak!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…