resepi ayam cili kering

Selain masakan Melayu, orang Malaysia juga cukup menyukai masakan Cina seperti resepi Ayam Cili Kering yang sedapnya tak terkata.

Ayam Cili Kering mudah dijumpai di restoran yang menghidangkan makanan Cina, tapi sedia maklum tentang betapa pentingnya kesahihan Halal di Malaysia membuatkan hidangan ini sukar dijumpai di restoran biasa.

Jangan gelisah kerana anda masih boleh buat resepi Ayam Cili Kering dengan mengikuti langkah demi langkah yang ditunjukkan oleh teefoodd melalui video di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Cili Boh VS Serbuk Cili, Mana Satu Yang Lebih Bagus Dan Tahan Lama?

RESEPI AYAM CILI KERING

resepi ayam cili kering

Bahan-bahan:

Bahan-bahan untuk sos:

  • 3 sudu besar kicap
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 hingga 2 sudu besar gula
  • Sedikit kicap pekat

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, gaulkan ayam bersama sedikit garam dan serbuk kunyit sehingga sebati.

2. Selepas itu, goreng ayam dalam minyak yang panas dengan menggunakan api sederhana sehingga ia berwarna kuning keemasan. Angkat dan toskan, kemudian ketepikan dahulu.

3. Seterusnya, tumis halia, bawang merah, bawang putih dan cili kering sampai naik bau.

4. Setelah wangi, masukkan ayam goreng dan biarkan sekejap. Sementara itu, boleh buat sos dengan campurkan kicap, sos tiram, sos cili, gula dan kicap pekat.

5. Tuangkan sos dan letakkan daun bawang, kemudian goreng sekejap sehingga sebati. Siap untuk dihidang!

resepi ayam cili kering

Cara buat  Ayam Cili Kering ini sangat ringkas dan mudah, bahkan sesiapa yang baru belajar memasak pun boleh berjaya menghasilkannya.

Anda boleh gunakan resepi Ayam Cili Kering ini semasa menyediakan lauk tengah hari untuk keluarga tersayang di rumah.

Selain itu, Ayam Cili Kering juga merupakan lauk yang tepat jika anda tak nak ambil masa yang lama untuk menyiapkan hidangan pada waktu malam.

Selamat mencuba!

Sumber: teefoodd

Baca juga: Ayam Masak Serai Thai, Ramai Suka Resipi Ini Sebab Aroma Mengancam!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN