Categories: Resipi

Resepi Ayam Buttermilk, Bahan ‘Ini’ Boleh Bantu Hilangkan Rasa Muak Bila Makan

Masakan buttermilk ada peminatnya tersendiri, tapi sesetengah orang kurang gemar kerana mudah muak dan anda boleh atasinya dengan resepi Ayam Buttermilk yang betul.

Ayam Buttermilk merupakan hidangan yang sangat popular dan trending pada masa sekarang yang disukai ramai.

Ramai yang sering hadapi situasi dengan rasa muak dan kembang tekak apabila makan masakan buttermilk sehingga tak lalu untuk menghabiskannya.

Oleh itu, kami kongsikan resepi Ayam Buttermilk oleh Azief Wawa di Facebook yang dijamin anda takkan jemu apabila memakannya. Jom cuba!

Baca juga: Kepak Ayam Goreng Pedas Chinese Style, Rangup Dan Pedasnya Serasi!

RESEPI AYAM BUTTERMILK

Bahan-bahan:

  • Isi ayam
  • Sebiji telur
  • Tepung goreng ayam secukupnya
  • Butter (guna minyak masak pun boleh)
  • Daun kari
  • Bawang putih (beberapa ulas)
  • Cili api (ikut tahap pedas yang dimahukan)
  • Serbuk kari (hujung sudu)
  • Susu cair
  • Gula
  • Garam
  • Cheese (tambahan)

Cara-cara:

1. Gaulkan isi ayam dengan telur dan salutkan tepung goreng, kemudian goreng sehingga masak dan ketepikan terlebih dahulu.

2. Tumiskan bawang putih, cili api dan daun kari sehingga naik bau.

3. Masukkan serbuk kari, susu cair dan sedikit air, kemudian tunggu sehingga menggelegak.

4. Masukkan cheese, gula dan garam, kemudian sesuaikan dengan rasa dan gaul sehingga sebati. Siap untuk dihidang!

Resepi Ayam Buttermilk perlu ada rasa pedas, manis, masin dan bersusu sedikit, barulah tak kembang tekak apabila memakannya.

Gabungan ayam yang digoreng dengan lembutnya kuah buttermilk yang kaya dengan rasa, aroma dan kelembutan menghasilkan citarasa Ayam Buttermilk yang cukup memikat.

Anda pasti akan terkejut dengan hasilnya ketika makan bersama nasi kerana rasa hidangan ini tak sama seperti Ayam Buttermilk yang lain.

Tengok gambar saja tak cukup untuk menggambarkan rasanya, kena cuba buat sekali barulah anda tahu betapa lazatnya Ayam Buttermilk ini.

Anda boleh jadikan resepi Ayam Buttermilk sebagai lauk tengah hari atau malam yang sedap buat seisi keluarga di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Azief Wawa

Baca juga: Ayam Masak Bijan, Rasa Manis Memikat Walaupun Campak-Campak!

Aimi

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago