
Jika anda sedang mencari resepi asam pedas ikan yang sedap, pekat dan mudah dibuat di rumah, perkongsian oleh Noorma Musa ini mungkin boleh menjadi pilihan terbaik. Menurutnya, setiap kali memasak asam pedas, beliau tetap setia menggunakan resipi ala Nyonya Chef Florence Tan kerana rasanya yang menepati citarasa keluarga.
Keunikan resipi ini terletak pada kuahnya yang merah menyala, kaya dengan aroma bunga kantan dan daun kesum serta mempunyai keseimbangan rasa pedas dan masam yang cukup menyelerakan. Lebih menarik, bahan-bahannya juga mudah didapati dan sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk seisi keluarga.
Baca juga: Asam Pedas Kembung Stail Melaka Ini Buat Ramai Kecur Liur, Kuah Pekat Pedas Memang Padu
RESEPI ASAM PEDAS IKAN NYONYA ALA CHEF FLORENCE TAN

Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan jenahak (dipotong kepada 5 keping)
- 1 tangkai bunga kantan (dibelah dua)
- Sedikit daun kesum
- Sedikit air asam jawa atau 2 hingga 3 keping asam keping
- 1 kiub ikan bilis
- 8 biji kacang bendi
- 1 biji tomato (pilihan)
- Minyak untuk menumis
- Garam secukup rasa
Bahan Kisar:
- 5 sudu besar cili kisar
- 8 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 3 biji buah keras
- 2 batang serai (bahagian lembut sahaja)
- 2 cm lengkuas
- 2 cm halia
- 2 cm kunyit hidup
- Sedikit belacan (pilihan)
Cara-cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan semua bahan kisar.
2. Tumis menggunakan api perlahan sehingga bahan benar-benar pecah minyak dan bertukar warna kepada merah menyala.
3. Masukkan bunga kantan dan kacau seketika sehingga naik bau.
4. Tambahkan air asam jawa atau asam keping bersama kiub ikan bilis.
5. Tuangkan air secukupnya mengikut kepekatan kuah yang diinginkan.
6. Masukkan ikan jenahak dan biarkan sehingga hampir masak.
7. Perasakan dengan garam secukup rasa.
8. Masukkan kacang bendi, tomato dan daun kesum.
9. Biarkan mendidih selama 2 hingga 3 minit sebelum ditutup api dan dihidangkan.
Tips Untuk Dapatkan Asam Pedas Lebih Sedap
- Tumis bahan kisar sehingga benar-benar pecah minyak kerana langkah ini menentukan rasa dan warna kuah.
- Gunakan ikan yang segar untuk mendapatkan rasa manis semula jadi dalam kuah.
- Jika suka rasa masam yang lebih asli, gantikan air asam jawa dengan 2 hingga 3 keping asam keping.
- Jangan masak kacang bendi terlalu lama supaya kekal rangup dan tidak lembik.
- Daun kesum sebaiknya dimasukkan pada peringkat akhir bagi mengekalkan aroma segarnya.
Dengan gabungan rasa pedas, masam dan aroma rempah yang menyelerakan, tidak hairanlah resepi asam pedas ikan ala Nyonya Chef Florence Tan ini terus menjadi pilihan ramai hingga ke hari ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Noorma Musa
Baca juga: Ikan Pari Asam Pedas, Resipi Paling ‘Power’ Dengan Kuah Masam Pedas Yang Menyengat!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














