resepi asam laksa

Selain laksa Johor, laksam, atau laksa utara, resepi asam laksa ini tidak kurang hebatnya dan ada penggemarnya yang tersendiri.

Cara yang dikongsikan oleh Fa Ying di bawah ini dikatakan resipi original versi cina. Kuahnya tidak terlalu pekat dan tidak cair, memang sempurna.

Isi ikan pula tidak dikisar, tetapi diletakkan seketul-seketul ke dalam kuah. Memang puas bila makan. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Laksa Siam Yang Sangat Sedap, Kuah Pekat Berlemak Pasti Memikat!

RESEPI ASAM LAKSA

Bahan sampingan:

  • Daun pudina
  • Nenas
  • Bunga kantan
  • Otak udang yang dicairkan (tiada dalam gambar)
  • Lain-lain macam biasa, nak letak salad pun boleh

resepi asam laksa

Bahan pes (kisar semua bahan ini):

  • Bawang besar
  • Bawang merah
  • Bunga kantan sebatang
  • Kunyit hidup -sebesar jari kelingking
  • Lengkuas – sebesar ibu jari
  • Serai – 5 batang
  • Asam keping – 10 keping
  • Cili merah
  • Cili kering
  • Belacan 2 sudu besar (dibakar)

Bahan lain:

  • Asam jawa dalam 2 sudu besar (bancuh dengan air)
  • Bunga kantan 2-3 kuntum
  • Daun kesum
  • Otak udang 2-3 sudu besar
  • Garam
  • Serbuk perasa

Cara memasak:

1. Tumis bahan pes yang sudah dikisar dengan sedikit minyak sampai naik bau.

2. Bila dah wangi, masukkan asam jawa, bunga kantan dan daun kesum.

3. Kemudian masuk isi ikan yang dah direbus seketul-ketul begini. Tak perlu kisar. Reneh ikan sekejap saja supaya asam semua meresap dalam ikan.

4. Ikan untuk resipi ini pakai ikan borek sekilo lebih sikit saja. Cuci bersih rebus sampai masak (air rebusan simpan). Nak guna ikan sardin/selayang pun sedap.

5. Seterusnya masuk semua air rebusan ikan tadi. Kemudian tambah air sampai agak-agak tak pekat sangat, tak cair sangat. Kena pandai ubah suai ya.

6. Akhir sekali, tambah otak udang dalam 2-3 sudu besar, garam dan serbuk perasa. Otak udang ini rasanya manis, kalau letak terlebih kuah akan jadi manis. So hati-hati.

7. Masa hidang boleh cedok isi ikan seketul-seketul ya. Sedapnya. Selamat mencuba!

resepi asam laksa

Kredit: Fa Ying

Baca juga: Rahsia Kuah Laksa Yang Kaww, Bau Harum Semerbak & Tak Berbau Hanyir!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN