resepi apam nasi simple

Ada lebihan nasi? Jangan buang! Jom cuba resepi apam nasi simple ini. Mudah sangat nak buat, bahan pun tak banyak. Cuma kisar, campur, perap dan kukus.

Apam nasi ini sangat lembut, gebu dan sedap dimakan dengan kelapa parut yang dicampur sedikit garam. Sesuai untuk minum petang atau sarapan ringan.

Kalau baru nak belajar buat kuih, resepi ini memang sesuai dicuba. Tak perlu risau, ikut saja langkah mudah dan pasti jadi di bawah ini.

Baca juga: Cara Buat Mini Apam Pisang Kukus, Secukup Manis & Terasa Lembut Bila Gigit

RESEPI APAM NASI SIMPLE

resepi apam nasi simple

Bahan kisar:

Bahan kering (diayak):

  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 peket yis mauripan (11g)

Cara penyediaan:

  1. Kisar nasi, air dan gula hingga halus.
  2. Dalam bekas lain, ayak semua bahan kering.
  3. Campurkan bahan kisar dengan bahan kering. Gaul rata hingga menjadi adunan yang sebati.
  4. Perap adunan selama 1 jam atau sehingga ia naik.
  5. Sapu acuan dengan sedikit minyak, kemudian tuangkan adunan ke dalamnya.
  6. Kukus selama lebih kurang 15 hingga 20 minit atau sehingga apam masak sepenuhnya.
  7. Hidangkan apam nasi bersama kelapa parut yang telah dicampur sedikit garam.

Sumber: Nurul Atika Moktar

Baca juga: Apam Berkuah Terengganu Lembut Lemak Manis, Kuih Lama Tapi Rasa Luar Biasa

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN