resepi apam gula melaka

Pantang nampak ada peniaga yang jual kuih apam, mesti nak beli punya. Buat pengetahuan anda, sebenarnya resepi Apam Gula Melaka cukup mudah dibuat di rumah.

Apam Gula Melaka adalah sejenis kuih tradisional Melayu yang lembut, gebu dan mempunyai rasa manis yang unik hasil daripada penggunaan gula Melaka.

Resepi kuih apam yang dikongsikan oleh Ayuqaseh Ashraf mendapat perhatian ramai kerana cara membuatnya cukup mudah dan sesuai untuk pemula. Jom kita cuba!

Baca juga: Rahsia Apam Gula Hangus Naik Menggunung, Tambah Bahan ‘Ini’ Baru Menjadi!

RESEPI APAM GULA MELAKA

resepi apam gula melaka

Bahan-bahan:

  • ½ cawan gula Melaka (diracik)
  • ½ cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 1½ cawan air
  • 3 cawan tepung gandum
  • ½ paket mauripan dibancuh dengan ½ cawan air

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masak gula Melaka yang telah diracik bersama gula pasir, daun pandan dan air dalam periuk.

2. Selepas itu, tapis dan sejukkan terlebih dahulu.

3. Apabila gula sudah sejuk, tuangkan ke dalam tepung gandum serta bancuhan mauripan.

4. Kemudian, kacau rata dan perap lebih kurang dalam 1 hingga 2 jam.

resepi apam gula melaka

5. Seterusnya, kukus sampai masak.

6. Apabila sudah sejuk, boleh potong dan tabur kelapa parut putih yang telah digaul dengan garam. Siap untuk dinikmati!

Resepi Apam Gula Melaka ini wajib dihidang bersama kelapa parut untuk memberikan rasa lemak masin yang seimbang dengan kemanisan apam. Hasilnya yang gebu, cukup memikat selera.

Selamat mencuba!

Sumber: Ayuqaseh Ashraf

Baca juga: Resepi Apam Kampung Gula Merah Tanpa Acuan, Naik Gebu Macam Kek Hasilnya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN