Categories: Resipi

Resipi Almond London Matcha, Ini Tips Salutan Coklat Kekal Berkilat & Cepat Keras

Matcha lovers pasti suka resepi almond london matcha ini. Biskut ini boleh dikatakan telah menjadi tumpuan ramai untuk dijadikan koleksi biskut raya pada Hari Raya nanti.

Orang ramai juga tidak ketinggalan untuk mencubanya sendiri di rumah. Kalau malas, boleh beli sahaja kerana sudah ramai yang menjualnya. Tetapi kalau buat sendiri, anda boleh ubah suai tahap kemanisan mengikut cita rasa.

Jika ada yang nak cuba, boleh rujuk resipi perkongsian oleh pengguna Facebook bernama ‘Apa Kau Rasa’ di bawah ini. Dia juga turut berkongsikan tips membuat salutan coklat agar cepat keras dan kekal berkilat.

Baca juga: Biskut Snow Nestum, Tak Perlu Bakar Tapi Tetap ‘Crunchy’ & Tak Muak!

RESEPI ALMOND LONDON MATCHA

Bahan-bahan biskut:

– 200gram kacang almond
– 125gram butter unsalted
– 50gram gula aising
– 1 biji kuning telur
– 1sdt esen vanilla
– 1 sdm serbuk susu
– 125gram tepung gandum (1 cawan)
– 100gram tepung jagung
– 1 sdm tepung beras
– 30gram cornflakes (dihancur kasar)
– Almond nibs secukupnya

Bahan-bahan salutan coklat matcha:

– 300gram white chocolate compound
– 10gram serbuk matcha (boleh letak lebih kalau suka)

Cara-cara:

1. Sediakan sebiji mangkuk, masukkan unsalted butter yang sudah dibiarkan lembut pada suhu bilik. Lenyekkan butter tersebut menggunakan spatula.

2. Kemudian, masukkan gula aising dan gaul sebati dengan butter tadi. Gaul sehingga sebati sahaja, jangan sampai kembang.

3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Gaul lagi sehingga bercampur rata.

4. Seterusnya, masukkan serbuk susu dan sambung lagi gaul seketika.

5. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras. Semua tepung dimasukkan secara berperingkat.

6. Hancur cornflakes secara kasar dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.

7. Gaul menggunakan tangan sehingga semuanya sebati. Rehatkan lebih kurang 20 minit.

8. Cubit doh ukuran 1/2 sudu makan, leperkan dan letakkan badam yang sudah dibakar di tengah dan tutup. Bentukkan doh secara memanjang, petak atau mengikut cita rasa.

9. Susun doh yang sudah dibentuk di dalam loyang. Bakar selama 20 minit pada suhu 170°C dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

10. Apabila biskut sudah masak, biarkan sejuk dahulu.

11. Untuk salutan coklat matcha, potong kecil white chocolate compound dan bahagikan kepada 2 bahagian. 2/3 untuk dicairkan, baki coklat simpan dahulu. Letak mangkuk berisi coklat di atas mangkuk berisi air panas.

12. Gaul coklat sehingga mencair (memang ambil masa sikit). Cara ini untuk menjaga suhu coklat agar tidak terlalu panas. Nanti coklat lambat keras dan tak berkilat.

13. Alihkan mangkuk coklat dari mangkuk air panas. Letakkan serbuk matcha beserta baki coklat yang tinggal tadi. Gaul sehingga coklat dan matcha sebati.

14. Celupkan biskut ke dalam coklat menggunakan pengepit. Salutan coklat ini cepat mengeras, ambil masa 2 atau 3 minit sahaja.

15. Selepas celup coklat terus taburkan badam nibs dengan cepat.

Kredit resipi dan gambar: Facebook Apa Kau Rasa

Baca juga: Biskut Cepat Lemau? Ini 9 Petua Supaya Kuih Raya Anda Tahan Lama & Kekal Sedap

Nasiha

Recent Posts

Resipi Donut Kapas Terlajak Gebu, Makan Sebiji Tak Cukup!

Jom belajar resepi donut lembut dan gebu ini. Teksturnya yang seakan kapas menjadikan ia snek…

5 days ago

Resipi Celup Tepung Rangup Krup Krap, Goreng Apa Saja Pun Boleh!

Kalau ada yang rindu nak makan celup tepung seperti di Terengganu, apa kata kita cuba…

5 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Kukus, Cara Mudah Guna Sukatan Cawan!

Resipi kek coklat moist kukus ini sememangnya sangat lembut dan gebu. Rasa kek yang lembut…

6 days ago

Resipi Sup Ayam Siam, Rasa Masam-Masam Pedas Yang Pasti Menggoda!

Jom cuba resepi sup ayam Thai ini! Rasa sup yang masam-masam pedas, hanya sup siam…

6 days ago

Resipi Beef Lasagna Tanpa Guna Sos Segera, Sedap Makan Panas-Panas!

Bosan asyik makan nasi untuk makan tengah hari? Apa kata cuba resepi lasagna daging yang…

6 days ago

Resipi Biskut Lady Fingers, Tak Payah Penat Cari Sebab Asyik ‘Sold Out’

Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…

1 week ago