aiskrim durian

Memandangkan sekarang musim buah, durian banyak di pasaran dan harganya agak murah! Ramai yang mempelbagaikan cara penyediaannya. Contohnya durian boleh digunakan untuk membuat kek, cekodok, aiskrim durian dan lain-lain.

Sebut pasal aiskrim, memang sesuai sangat dimakan ketika musim panas seperti sekarang ini. Sejuk tekak dibuatnya!

Perkongsian resipi aiskrim durian Uwan Nolly Epin ini boleh dijadikan panduan untuk menyediakan aiskrim yang mudah dan lazat.

Mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya di bawah.

Baca juga: Buat Sendiri Aiskrim Milo Di Rumah, Lagi Jimat Tak Perlu Beli Dah!

RESEPI AISKRIM DURIAN GUNA 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat – jika kurang suka manis, boleh kurangkan
  • 1 sudu makan ovalette
  • Durian secukupnya – anggaran kalau isi yang besar = 6 ulas, durian kecil =10 ulas
  • Pewarna kuning telur secukupnya ( empunya resipi guna durian isi kuning/udang merah jadi tidak guna pewarna)

Cara-cara:

1. Kisar isi durian, susu cair, susu pekat manis dan ovalette.

2. Bila semua hingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam mesin pengadun.

3. Pukul adunan aiskrim selama 20 hingga 30 minit atau hingga gebu.

4. Tuang adunan ke dalam bekas bersesuaian dan simpan dalam peti sejuk beku.

5. Bila adunan aiskrim sudah keras, bolehlah dinikmati. Selamat mencuba!

Kredit resipi & foto: Uwan Nolly Epin

Baca juga: Aiskrim Vanilla Homemade Ala Sundae McD, Guna 3 BAHAN Ikut Resipi Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN