thai green tea

Kalau pernah ke Thailand, pasti anda teringat-ingat minuman green tea thai yang berwarna hijau pekat dan rasa lemak manis. Sebenarnya tak susah pun nak buat sendiri di rumah.

Dengan hanya beberapa bahan asas, anda dah boleh hasilkan resepi ice milk green tea Thailand yang sedap, berkrim dan cukup rasa. Paling best, boleh ubai suai tahap manis ikut selera sendiri. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Air Blue Lemon Macam Dekat Bazar Ramadan, Warna Cantik & Rasa Segar Padu!

RESEPI AIR THAI GREEN TEA

thai green tea

Bahan-bahan:

  • Serbuk teh hijau jenama Chatramue
  • Susu sejat (krimer cair)
  • Susu pekat manis
  • Gula
  • Ais batu

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan setengah sudu serbuk teh hijau ke dalam gelas (sebaiknya gelas plastik jika ada).
  2. Tuangkan setengah gelas air panas dan kacau hingga serbuk larut.
  3. Tapis bancuhan tadi dan ambil airnya sahaja. Tambahkan lagi air panas sehingga cukup lebih kurang 180 ml.
  4. Masukkan 2 sudu besar gula dan kacau sehingga larut.
  5. Tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis dan kacau sebati.
  6. Jika perlu, pindahkan bancuhan ke dalam bekas yang lebih besar untuk memudahkan proses seterusnya.
  7. Masukkan ais batu yang telah dipecahkan kecil-kecil sehingga penuh gelas.
  8. Akhir sekali, tuangkan susu sejat (krimer cair) di bahagian atas. Tidak perlu sukatan khusus, tetapi jangan terlalu banyak supaya rasa teh hijau tidak hilang.

Sumber: Facebook

Baca juga: Resipi Air Keladi Creamy, Penyejuk Tekak Paling Padu Selepas Seharian Berpuasa

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN