air blue lemon

Setiap kali pergi bazar Ramadan, air blue lemon ini antara yang paling menarik perhatian kerana warnanya yang menarik dan menyegarkan apabila diminum.

Air blue lemon ini bukan sahaja cantik dipandang, malah sangat sesuai dijadikan minuman jualan kerana kosnya berpatutan dan penyediaannya mudah.

Kalau anda nak cuba buat sendiri untuk minum di rumah, kurangkan sukatan mengikut jumlah yang disukai kerana resipi ini adalah untuk 1 tong air. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Air Keladi Creamy, Penyejuk Tekak Paling Padu Selepas Seharian Berpuasa

CARA BUAT AIR BLUE LEMON

air blue lemon

Bahan-bahan (untuk 1 tong air):

  • 1 kilogram gula
  • 2 biji lemon (dipotong nipis atau diperah jusnya)
  • 1 sudu kecil pewarna biru jenama Star Brand
  • 500 ml kordial limau kasturi
  • 1 mangkuk biji selasih (direndam hingga kembang)
  • 5 liter air mineral
  • 1 beg ais batu

Cara-cara penyediaan:

  1. Mula-mula, masak gula bersama sedikit air sehingga larut dan menjadi air gula. Sejukkan terlebih dahulu.
  2. Dalam tong air, masukkan air mineral dan air gula yang telah sejuk.
  3. Tambahkan kordial limau kasturi dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan jus lemon atau hirisan lemon ke dalam tong.
  5. Titiskan pewarna biru dan kacau perlahan sehingga warna sekata dan cantik.
  6. Masukkan biji selasih yang telah direndam.
  7. Akhir sekali, masukkan ais batu dan kacau rata.
  8. Rasa dan laraskan manis atau masam mengikut cita rasa sebelum dihidangkan.

Sumber: Rosita Ismail

Baca juga: Resepi Air Katira Simple Untuk Berbuka, Mudah & Jimat…Menyegarkan Sepanjang Ramadan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending